Kenyataan Media Aliran
Pengakuan Rahim Noor: Mata Lebam dan Perbuatan Hina
Bersama-sama dengan rakyat Malaysia, Aliran prihatin terhadap
tuntutan umum untuk mendapatkan kebenaran di sebalik "mata lebam" yang
dialami oleh Anuar pada malam 20 September, 1998 yang akhirnya m
enghasilkan seorang penjahat yang mengaku salah.
Penjahat itu ialah bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Rahim
Noor yang telah mengaku salah semalam kerana menyerang Anuar yang tidak
berupaya mempertahankan dirinya dan ketika beliau dalam tahanan polis.
Rakyat Malaysia sudah tentunya berasa lega setelah mengetahui
bahawa tiada pegawai rendah digunakan sebagai kambing hitam (scapegoat)
bagi menyorok perbuatan keji bekas pegawai polis yang paling tinggi itu.
Tetapi pengakuan Rahim, yang hanya muncul selepas desakan orang
ramai untuk mendapatkan kebenaran mengenai insiden yang tidak dapat
diampunkan itu, sekarang mesti menimbulkan beberapa soalan mengenai
pentadbiran keadilan dalam negara kita.
Pengakuan Rahim Noor yang lewat lima bulan, yang dibuat melalui
peguam kepada Suruhanjaya Penyiasatan, mendedahkan penipuan dan penyorokan
yang mencirikan penganiayaan Anwar sejak 2 September 1998.
Sebaik sahaja dia menyerang Anwar, Rahim berani membohongi dengan
"meyakini" warganegara bahawa Anwar adalah selamat dalam tahanan polis.
Selepas Anwar muncul di mahkamah dengan "mata lebam"nya, Perdana Menteri
Dr Mahathir Mohamad sanggup membayangkan bahawa kecederaan
Anwar dilakukannya sendiri. Sejak itu, Peguam Negara tidak mengindahkan
sangat laporan perubatan dan laporan polis dan telah menunjukkan tiada
perlunya dipercepatkan proses keadilan.
Aliran merasakan penangguhan, pembohongan dan penyorokan selama
lebih dari lima bulan ini seolah-olah mempermain-mainkan keadilan,
lebih-lebih lagi apabila dibandingkan dengan dakwaan yang menimpa orang
lain.
Rakyat Malaysia diberitahu bahawa pihak pendakwaraya tidak lagi
berminat dengan salah laku seks yang kononnya dibuat oleh Anwar. Anwar,
sepertimana Hakim Augustine Paul sentiasa mengingati para peguam Anwar,
hanya didakwa kerana dakwaan bahawa beliau cuba campurtangan dalam
penyiasatan polis.
Dalam hal yang sama, rakyat Malaysia juga tidak berminat untuk
mengetahui bagaimana ucapan, yang kononnya dibuat oleh Anwar yang
ditutup
mata dan diikat, boleh membuat Rahim memukul Anwar beberapa kali dalam
lokap polis. Apa yang mereka ingin tahu ialah, "Bagaimana pembohongan,
sindiran dan penangguhan yang dilakukan oleh bekas Menteri Dalam Negeri
Dr Mahathir Mohamad, bekas KPN Rahim Noor dan Peguam Negara sekarang
berbeza
daripada campurtangan yang kononnya Anwar lakukan terhadap penyiasatan
polis dan pentadbiran keadilan?
Negara Malaysia juga telah ditunjukkan perbicaraan beramai-ramai
126 orang ekoran dari demonstrasi October 1998 di Kuala Lumpur. Orang
biasa ini, yang berdemonstrasi secara aman demi keadilan, telah didakwa
berkumpul secara haram.
Apa yang negara Malaysia ingin tahu ialah, "Adakah kelakuan antara
126 orang ini seganas, terkeluar dari lunas undang-undang atau terkeji
seperti perbuatan hina dan kriminal Rahim terhadap seorang yang tidak
dapat mempertahankan dirinya dalam tahanan polis?
Aliran menyambut baik cara telus Suruhanjaya Penyiasatan
mengendalikan perbicaraan yang setakat ini berjaya mendapatkan pengakuan
Rahim. Bersama warga Malaysia, Aliran menuntut agar Rahim ditangkap dan
didakwa serta merta, dan, jika didapati bersalah, dikenakan hukuman yang
paling berat yang diperuntukkan oleh undang-undang. Memandangkan
pengakuannya itu, Rahim perlu dilucutkan gelarannya, yang tidak secucuk
dengan orang yang berkelakuan seperti penjahat yang dasyat.
Janganlah ketidakadilan yang dilambangkan oleh mata lebam Anwar
itu menutup perbuatan terkutuk orang-orang yang berkedudukan tinggi,
mereka yang cepat memburu orang lain. Jangan biarkan manusia biasa dan
yang tidak berdosa menanggung keaiban penganiyaan dan dakwaan manakala
orang yang berkedudukan tinggi tidak dicabar.
Pada 5 Januari 1999, Peguam Negara mengumumkan: "Saya, sebagai
Pendakwaraya, tidak akan teragak-agak memberi kebenaran untuk mendakwa
mana-mana individu yang terbukti telah melakukan kesalahan atau membantu
perbuatan salah."
Adakah kata-kata ini kekal tanpa diikuti dengan tindakan sepertimana
halnya dengan kata-kata garang yang pernah dilafazkan Peguam Negara di
masa-masa yang lalu? Atau mahukah Peguam Negara mengambil tindakan serta
merta tanpa takut atau pilih kasih?
Demi keadilan bagi semua warga Malaysia, Aliran menggesa
Suruhanjaya Penyiasatan menggunakan segala ruang dan saluran undang-undang
bagi mendakwa semua orang yang, dalam lafazan Peguam Negara, "telah
membantu perbuatan salah" dalam insiden mata lebam itu.
Jawatankuasa Eksekutif Aliran
1 Mac 1999
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.