Followers

Tuesday, May 29, 2012

PANAS ! - PKR mahu penganjur acara lumba disiasat !!


 


PANAS! Ahmad Shabery Dan Kementerian Jangan Lepas Tangan


Naib presiden PKR N Surendran berkata penganjur kepada acara perlumbaan yang berakhir dengan tragedi ketika Himpunan Jutaan Belia pada Sabtu lalu perlu disiasat atas kemalangan yang berlaku.

Katanya, insiden yang menyebabkan 17 orang cedera, dua daripada parah dan menerima rawatan rapi, perlu disiasat lanjut kerana mungkin melibatkan unsur kecuaian jenayah.

Katanya penganjur berkenaan, MUSC Motorsport, dalam kejadian itu hanya meletakkan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan jalan raya yang menjadi litar perlumbaan.

Perkara itu jelas merupakan satu kesalahan dan penganjur tidak sepatutnya memulakan perlumbaan dengan langkah keselamatan seperti itu, katanya.

"Saya terkejut melihat pesakit yang mengalami kecederaan di bahagian usus dan bahagian dalaman yang teruk.

"Kita perlu mengambil tindakan serius... Mangsa perlu menerima keadilan terhadap kes ini kerana secara terang, hanya pasu bunga menjadi penghadang antara penonton dan litar.

"Ini memang salah...PKR bersedia untuk memberi bantuan guaman kepada sesiapa yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas melawat individu berkenaan di Hospital Putrajaya hari ini.

Seorang lagi naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar berkata MUSC Motorsport perlu bertanggungjawab kerana insiden tersebut melibatkan nyawa dan keselamatan orang awam yang hadir untuk menonton perlumbaan jalan raya itu

"Kejadian ini amat serius kerana ramai orang yang cedera sehingga ada yang dimasukkan ke dalam ICU. Perkara ini menjadi pengajaran buat kita, dalam apa-apa acara yang dilakukan keselamatan orang awam perlu diutamakan.

Bercakap ketika ditemui selepas melawat dua mangsa berkenaan, Nurul Izzah berkata insiden tersebut merupakan satu peringatan yang baik kepada kerajaan untuk lebih menitikberatkan keselamatan orang ramai.

"Isu keselamatan kita tak boleh kompromi. Dan saya hadir hari ini untuk nyatakan sokongan dan sebagai penegasan terhadap insiden ini," katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang mengalami kecederaan akibat dirempuh sebuah kereta lumba ketika sambutan Hari Himpunan Jutaan Belia 2012 berkata, penganjur hanya menggunakan pokok bunga sebagai pemisah di antara para penonton dan kawasan litar perlumbaan.

Saksi berkenaan, Mohd Aidiel Aiezadi berkata beliau melihat pokok bunga tersebut diletakkan sepanjang tepi jalan di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 yang menjadi litar perlumbaan drag pada Sabtu.

"Saya tengok, pasu-pasu bunga saja yang digunakan untuk hadang daripada penonton. Selalu orang guna tayar (di perlumbaan jalan raya lain)," katanya ketika ditemui di lobi Hospital Putrajaya.

Beliau yang mengalami kecederaan di kakinya akibat kemalangan itu berkata kejadian berlaku dengan cepat.

Katanya lagi, penganjur juga tidak memberikan sebarang arahan kepada penonton supaya menjarakkan diri daripada litar tersebut, sebelum perlumbaan dimulakan pada kira-kira jam 11.30 malam.

"Apabila sudah kecoh, lepas kemalangan baru penganjur kata jangan dekat dan kemudian (penganjur) tutup kereta (yang terlibat dalam kemalangan) pakai kanvas.

"Tapi sebelum itu tak ada arahan," katanya ketika ditanya.

Beliau hadir ke hospital bersama rakan yang berkerusi roda, Mohd Aidil Azman, 19.

Mohd Aidil yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut berkata beliau dirawat kerana terdapat darah beku di lutut kanan dan terseliuh akibat insiden berkenaan.

Menceritakan kembali kejadian yang berlaku pada malam tersebut, Mohd Aidil (kiri) berkata, beliau bersama Mohd Aidiel dan beberapa rakan lain berada di bahagian hadapan untuk menonton perlumbaan.

"Saya tengah berdiri dekat tepi litar. Saya di barisan hadapan. Saya tengok kereta itu ke tepi... Tapi tahu-tahu dah alih ke arah kami.

"Saya rasa saya sempat alih kaki kiri ke belakang saja, selepas itu dah kena dah (dilanggar)," katanya lagi.

Turut hadir melawat individu berkenaan hari ini ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang menggesa penganjur berkenaan supaya bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku.

"Perkara ini menjadi pengajaran buat kita, dalam apa-apa acara yang dilakukan keselamatan orang awam perlu diutamakan.

Seramai 17 orang tercedera semasa menyaksikan perlumbaan kereta drag itu. Dua daripadanya dirawat di ICU kerana dipercayai mengalami kecederaan dalaman yang serius.

Mangsa yang menerima rawatan di wad ICU ialah Muhammad Iskandar Rasiq Shaari, 19 dari Gemenceh dan Muhammad Fairuz Jalaludin, 26, dari Rembau, Negeri Sembilan.

Seorang lagi mangsa dari Bahau, Negeri Sembilan, Ami Nakim, 27, kini berada di dalam dewan pembedahan.


Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.