TAHNIAH kepada pasukan Bola Sepak Kelantan (Red Warrior) yang sebentar
tadi dinobatkan sebagai Juara Piala FA menewaskan Sime Darby 1 - 0 hasil
jaringan Penalti oleh M. Ghaddar.
Kemenangan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang
menyokong Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Nik
Aziz.
Seperti dijangka seluruh stadium majoritinya dipenuhi oleh para penyokong Negeri Serambi Mekah dan melihat kepada corak permainan Sime Darby ternyata pasukan berstatus Kelab itu hanya mahukan keputusan seri tanpa jaringan yang memungkinkan kemenangan dari sepakan Penalti.

Corak bertahan sepanjang perlawanan oleh pasukan berkenaan
sedikit sebanyak menyukarkan gerakan penyerang-penyerang dari Kelantan.
Akhirnya, keputusan yang diharapkan oleh Sime Darby hasil dari sepakan Penalti menjelma juga tetapi bukan untuk pasukan Sime Darby sebaliknya tuah milik Kelantan. Apa pun, Kelantan sememangnya layak bergelar Juara.
Di sebalik puluhan ribu para penyokong Merah beserta berbagai sepanduk dan banner, kelihatan juga banyak sepanduk yang menuntut pembayaran royalti yang sehingga kini rakyat Kelantan dinafikan. Kelihatan juga bendera Bulan berkibaran membawa erti politik rakyat Kelantan tidak boleh dipadamkan di mana jua.
Tahniah Kelantan. Tahniah Tan Sri Anuar Musa yang berjaya meningkatkan prestasi Bola Sepak Kelantan. Cuma tertanya-tanya, mengapa terpacul wajah Tok Pa (Mustapha Mohamed) di pentas utama sewaktu majlis penyampaian hadiah?

Atas kapasiti apa beliau di situ? Selaku bakal MB Kelantan kah?
Sepatutnya beliau malu kepada Tan Sri Anuar Musa yang sepatutnya
dijulang, tetapi beliau berada di bangku penonton
sahaja./wfauzdin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.