Followers

Saturday, May 12, 2012

"DURIAN RUNTUH" ??


Mari kita baca apa kata Pakar duit berkenaan dgn lulian luntuh yg di war-warkan oleh Pakar PENIPU..

Tipuu lagiii......

Kesian Pak cik/Mak cik aq yg kat Felda kena kencing...

Kencingg lagiiii.....


PETALING JAYA: Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakob berkata, durian runtuh yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diJengka 8, dekat Jerantut semalam adalah hasil dari titik peluh para peneroka sendiri yang dijana semula.

Oleh itu katanya, wang yang dikatakan durian runtuh itu sebenarnya adalah hak peneroka. Tidak ada durian runtuh sebenarnya.

“Felda menjual hak penerokakepada orang lain, dan sebahagian kecil dari wang itu diberikan kepada peneroka. Peneroka menerima wang yang dijana dari titik peluh mereka sendiri,” kata beliau dalam blognya hari ini.

Menurut beliau, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) akan mengapungkan2,188,890,900 unit saham di Bursa Malaysia pada harga RM4.65 se saham ketika Tawaran Awam Awal – TAA (Initial Public Offer – IPO).

“Ini bermakna, ia akan menjana sebanyak RM10.18 bilion,” terang beliau.

Dari jumlah ini katanya, Feldaakan mendapat RM5.62 bilion. Ini kerana sebahagian besar, iaitu 1,208,890,900 unit saham adalah milik Felda.

FGVHB akan hanya menjana RM4.56 bilion dari pengapongkan saham ini. Jumlah ini relatif kecil untuk bercatur di dalam perniagaanperingkat global. Lagi pun, sebahagian besarnya akan diguna untuk membayar hutang dan kos penanaman semula.

Dengan melupuskan kesemua kepentingannya kepada FGVHB, Felda Badan Berkanun hanya mendapat RM5.65 bilion. Dari jumlah ini, RM1.69 bilion akan dibelanjakan untuk membayar RM15,000 durian runtuh kepada setiap keluarga peneroka.

Menurut beliau, baki yang ada pada Felda BB hanyalah RM3.96 bilion. Harus diingat bahawa Felda BB berbelanja kira-kira RM2 bilion setahun.

“Wang yang baki itu hanya cukup untuk menampong perbelanjaan dua tahun sahaja. Selepas itu, wang pembayar cukai perlu disuntikkan kembali kepada Felda BB,” katanya.

Harta yang dilupuskan kepada FGVHB adalah harta peneroka. Ia akhirnya akan dipindah milik, melalui jual beli saham di pasaran, kepada pelabur-pelabur bukan peneroka termasuklahtaukeh-taukeh besar dan pelabur-pelabur asing yang memang sudah sedia kaya.

“Maknanya, yang dijual adalah harta peneroka,” ujar beliau.

Rugi sebelum disenarai Pada awalnya, harga TAA ditetapkan pada RM5.85 se saham. Di dalam prospektus yang dipaparkan dalam sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, harga TAA diturunkan kepada RM4.65 sesaham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.20 se saham atau diskaun sebanyak 20.5%.

Ini bermakna, sebelum diapongkan, Felda BB telah rugi RM1.45 bilion. Penurunan harga ini bakal menguntungkan pelabur-pelabur dalam negara dan asing yang membeli saham FGVHB ini pada harga lebih murah, iaitu diskaun 20.5%.

Bila saham FGVHB mula dijualbeli di pasaran nanti, akan ada pelabur-pelabur kaya tunai yang akan mengutip setiap unit saham yang dijualoleh pelabur runcit dan juga pelabur institusi sehingga mereka berjaya menguasai 30% daripada jumlah saham.

Ketika itu katanya, mereka akan berkuasa ke atas FGVHB dan kepentingan peneroka akan mengambil tempat duduk belakang.

Kroni Umno untung besar Dr Rosli mendedahkan bahawa pelabur Bumiputera yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), majoritinya kroni pemerintah dan penama Umno bakal mengaut untung besar.

Golongan pelabur terpilih ini diperuntukkan 419,537,000 unit saham atau 11.5% dari jumlah saham yang diapongkan. Mereka, sebagai satu kumplan, membeli saham ini pada harga RM1,950,847,050 atau RM4.65 se saham.

“Jika harga naik ke RM5.85 sesaham ( RM1.20), mereka sudah mendapat untung RM503 juta. Kalau harga naik sebanyak RM2.40 (ke RM7.05 sesaham), golongan pelabur Bumiputera terpilih ini akan untung RM1 bilion. Ini tidak mustahil,” katanya.

Menurut beliau, pembiayaan tidak menjadi masalah kepada mereka kerana disediakan oleh bank-bank. 
 
Pembeli saham pun tidak menjadi masalah kerana badan kerajaan kaya tunai seperti Tabung Haji, KWSP, PNB dan lain-lain sudah sediauntuk membeli daripada mereka.

“Inilah dana Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) untuk Umno,” ujar beliau.

Beliau berkata, bila saham FGVHB yang aset utamanya tanah diapongkan, harta peneroka – tanah ladang dan kilang-kilang pemprosesan sawit – akan bertukar tangansecepat putaran jual beli saham di pasaran saham.

“Tiada siapa boleh menjaminharta bernilai peneroka ini tidak akan terlepas kepada pelabur asing yang rakus dantamak.

“Peluang untuk memiliki tanah tidak ternilai ini dan menguasai minyak sawit, komoditi makanan yang amat penting di dunia hari ini, yang selama ini mereka intai, sudah sedia untuk digenggam,” ujar beliau lagi.

Hilang dividen 15% setiap tahun..
  

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.