Followers

Thursday, May 24, 2012

100 Pemuda Bermotor Ganggu Rumah Ambiga !!


Lebih 100 orang berkumpul di depan rumah Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari ini dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan kira-kira pemuda bermotosikal.

Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.

Kumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".

Sementara itu, Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) Datuk Jamal Yunus mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.

Setakat ini, kumpulan pro-BERSIH WargaAman yang juga merancang berkumpul petang ini bagi menyatakan sikap mereka masih belum kelihatan.


Batu Vs Kayu

2 comments:

  1. Kumpulan bangang yang memalukan melayu!

    ReplyDelete
  2. Tak ngapa Bro. mountdweller, sekurang2 nya mereka MEMBANTU lebih cepat UMNO/BN berkubur !!...Rakyat yang diatas pagar akan MENILAI SENDIRI apa yang mereka lakukan...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.