Followers

Friday, April 20, 2012

TERKINI : Najib Dan Zahid Hamidi Bakal Di Panggil Oleh Mahkamah Perancis ?? - Oleh: Karmic Wheel




NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.

Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisyen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia pada 2002.

Pengarah Suaram Kua Kia Soon, anggota sekretariat Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri berhujah di hadapan hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6 petang (waktu Perancis).

Peguam Perancis William Bourdon and Joseph Breham bertindak bagi pihak Suaram.

Ketika dihubungi, Gabriel berkata, pasukan meeka berjaya membentangkan kepada hakim Le Loire - satu daripada dua hakim siasatan dalam kes itu - yang menerima kenyataan mereka berhubung kenapa inkuiri mesti dibuat terdapat dakwaan sogokan itu.

Katanya, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan Suaram, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Gabriel berkata, pendengaran itu bagi mengesahkan aduan dan menetapkan keperluan untuk membuat siasatan kehakiman terhadap bayaran RM7.3 bilion yang berlaku ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

"Kami beritahu mereka, kami failkan kes ini kerana Parlimen Malaysia gagal memberikan jawatan yang kami mahu berhubung pembelian kapal selam," kata Gabriel kepada Malaysiakini.

"Kami juga menyebut bahawa kami tidak dapat mencari jawapan berhubung pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibu dan kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) untuk menyiasat aduan kami," tegasnya.

Sumber : Mkini

==============================



Najib sila demam sekarang 
Perbicaraan kali ni bukan dalam Malaysia
Tapi kat Perancis yang beribu batu jauhnya
Kes nak dibicara, kes scorpene bukan altantuya
Ini hal akauntabiliti, bukan cinta antara benua
kah kah kah kah

Najib sila demam sekarang
Kat sana jangan cuba cuba nak lebong
Jawapan kena kukuh, bukan pakai tin kosong
Faham soalan, jangan lah nanti luorang lopong
So, boleh le start minta nasihat dari prof kangkung
kah kah kah kah 

Najib & Zahid sila demam sekarang ... jangan demam masa perbicaraan .. kah kah kah kah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.