KUALA LUMPUR 14 April - Akhbar Tempatan Sinar Harian
telah menawarkan diri untuk menganjur debat di antara Ketua Pemuda UMNO
Malaysia Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli
pada 3 Mei ini.
Setakat ini, Rafizi telah dimaklumkan menerima tawaran tersebut bagi
membincangkan berkaitan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN).
“Saya ada menerima tawaran daripada Sinar Harian, daripada (Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf) Datuk Hussamuddin Yaacub
petang tadi mengatakan kesediaan mahu menjadi penganjur debat kami, saya
setuju dan mengalu-alukan tawaran ini, dan saya akan berbincang dengan
Khairy,” kata Rafizi mengesahkan tawaran tersebut.
Khairy sebelum ini telah menjelaskan sedia menerima tawaran Rafizi
untuk berdebat isu berkaitan Pemansuhan PTPTN yang ditawarkan Pakatan
jika diberi peluang untuk mentadbir Kerajaan Pusat.
Selain Rafizi, beliau juga bersedia untuk turut sama berdebat bersama
Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S.Ambiga berkenaan perihal ketelusan Sistem
Pilihan Raya di Negara ini.
Klpos
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.