PUTRAJAYA, : Seorang peneroka Gatco, Kampung Serampang Indah Jelebu meninggal dunia ketika menyertai himpunan aman di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) dipercayai akibat serangan jantung.
Menurut R Tanggam, yang turut serta dalam himpunan itu, beliau melihat
mangsa jatuh terduduk ketika hampir 100 peneroka lain sedang berhimpun
di perkarangan pintu masuk ke JPM.
Beliau yang berada hampir dengan mangsa kemudiannya membantu mangsa
yang ketika itu masih bernafas sebelum meminta pertolongan daripada
pihak keselamatan yang berkawal.
Tidak lama kemudian mangsa dibawa ke dalam pondok pengawal sebelum disahkan oleh doktor yang datang .
Sementara itu, himpunan itu bertujuan bagi menyerahkan memorandum
kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak bagi membantah
tindakan Mentri Besar Inc (MBI) yang semasa itu diterajui Tan Sri Isa
Samad yang didakwa menjual tanah mereka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.