KUALA LUMPUR - Seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan
seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai
awal bulan ini.
Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI
3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon
yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet. Menurut sumber, rumah
tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu
awal April lalu.
Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah
melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1
juta.
Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang ahli keluarganya.
Bagaimanapun segala urusan berkaitan ubahsuai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan. Tinjauan Harakahdaily mendapati di bahagian hadapan kediaman tersebut turut terdapat pondok pengawal dan beberapa kamera CCTV dipasang di sekeliling rumah.
Sumber turut menyatakan, pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut.
Dalam pada itu, beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan pemberian wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta yang didakwa dilakukan oleh seorang menteri kepada seorang artis hanya dalam tempoh empat bulan.
Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh bekas pemandu peribadi artis terbabit.
Menteri dan artis nafi
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita bernama Zahida Mohd Rafik.
Mohd Shafie kelmarin menafikan dakwaan yang dibuat ke atas sebelum ini dan mengancam untuk mengambil tindakan saman kepada mereka yang mengaitkan dirinya.
Pelakon berkenaan, Zahida juga turut tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu dan berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan. ~ harakahdaily

Addin :
Rasa-rasanya semua dah dapat teka..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.