DALAM merealisasikan matlamat memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah mengambil beberapa inisiatif awal dalam memulakan langkah ke arah itu.
Antaranya ialah cadangan memberikan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi yang berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri tersebut seperti UNISEL dan KUIS yang bakal dilaksanakan pada September nanti.
Semua bekas peminjam tersebut boleh menghubungi pihak Sekratariat PTPTN Pejabat Menteri Besar Selangor di talian 03-55447000 untuk mendapatkan keterangan lanjut dan mendaftarkan diri ke dalam program ini.
Penulis melihat, maklumat ini adalah satu berita yang mengukuhkan lagi intergriti kerajaan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang prihatin dengan kebajikan rakyat Selangor keseluruhannya.
Walaupun penulis tahu banyak pihak yang ragu-ragu dengan keupayaan kerajaan negeri melaksanakan program pendidikan percuma ini, tapi ternyata berita seumpama ini telah berjaya melenyapkan semua keraguan tersebut.
Simpanan yang tinggi dan unjuran pendapatan kerajaan negeri yang bertambah dari tahun ke tahun adalah petunjuk kepada keupayaan kerajaan negeri membiayai program pendidikan percuma ini tanpa terlebih dahulu menunggu kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk di peringkat persekutuan.
Pulangan hasil kutipan cukai, lanjutan dari kemasukan pelaburan masuk asing (FDI) mencecah RM 5 billion pada tahun lepas juga dijangka akan mengukuhkan lagi kewangan kerajaan negeri untuk membiayai program tersebut.
Tambahan pula, kerajaan Selangor baru sahaja menerima pembayaran sebanyak RM 800 juta, sebagai pampasan ke atas pengambil alihan tanah bagi tujuan pembangunan Putrajaya.
Penulis yakin, kejayaan program ini nanti, ditambah dengan pendidikan percuma di dua institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri yang penulis sebutkan di atas, akan memastikan kelangsungan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di Selangor.
PBO: bravo. tahniah pada PR. Ketar lutut puak2 UMNO lepas ni.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.