KUALA LUMPUR:
Dato’ Seri Najib Razak tidak menjadi Perdana Menteri kerana undi
majoriti tetapi kerana persempadanan kawasan mengundi, kata bekas Ketua
Penerangan Umno Pekan, Dato’ Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.
“(Dalam pilihan raya 2008 lalu) penyokong Umno- BN hanya merupakan 49 peratus daripada pengundi popular.
“Yang menyelamatkan Umno dan yang membolehkan Najib jadi Perdana Menteri, ialah persempadanan kawasan mengundi.
“Kalau
tidak ada pembohongan dan arrangement macam ini, Umno yang melakukan
kesilapan demi kesilapan ke atas rakyat Malaysia sudah lama bungkem!”
kata bekas Adun Pulau Manis itu.
Ariff menekankan, orang Melayu tidak akan kehilangan apa-apa pun yang berharga jika menolak Umno.
Dengan menolak Umno, katanya, orang-orang Melayu hanya kehilangan “rantai dan pasung yang selama ini memenjarai jiwa mereka”.
“Umno
membodohkan orang Melayu dan suka selagi orang Melayu bergantung kepada
Umno dan tertunduk-tunduk meminta sedekah seperti segala tambi dan
peon.
“Ini
bukan cara untuk memartabatkan maruah bangsa,” tegas beliau yang
menyifatkan Umno sudah sampai masa tamatnya. “Bila dah tiba maut, kita
tak boleh melambat atau menyegerakan walaupun sesaat.
“Rakyat
sudah lemas dan meluat dengan Umno. Untungnya, Umno tidak boleh
melakukan apa apa untuk menyelamatkan diri nya. Setiap hari Umno
menunjukkan lemasnya,” kata beliau dalam tulisan terbaru blognya
bertajuk “Mentalqinkan Umno”.
Mengulas
gertakan dalam keadaan serba cemas yang disuarakan Perdana Menteri
baru-baru ini supaya “rakyat jangan melakukan kesilapan sekali lagi”,
Ariff berkata, “amat benar – jangan melakukan kesilapan dengan memberi
lesen kepada pimpinan Umno untuk merompak dan melanun negara ini”.
Melihat
kepada cara kerajaan Umno memberi kontrak dan pinjaman dengan kadar
rendah, beliau menyifatkan kerajaan pimpinan Umno seolaholah memerah
rakyat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.