Datuk
Mahfuz Omar mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab
memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka
mengundi dalam pilihan raya nanti.
Menurut Mahfuz 'task force'
tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak,
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan
Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Bukan itu sahaja, Mahfuz
turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran
Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan
Shahrul Anwar Ahmad Zahidi,
Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing.
"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.
"Apabila
lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh
diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi
memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!" katanya.
Kebimbangan
ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh
warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka.
"Saya
percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga
asing," katanya dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen.
Katanya,
kerajaan boleh memanggil ketiga-tiga mereka serta pegawai JPN berkenaan
bagi menjawab dakwaan itu melalui Suruhanjaya Diraja yang dibentuk.
"Sebab
itu kita desak kerajaan bentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala
dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu boleh memanggil mereka yang
terlibat.
"Kalau sekarang hendak panggil mereka, siapa yang berani? Perdana Menteri pun tidak," katanya.
Tambahnya,
Suruhanjaya Diraja amat penting dibentuk dengan segera bagi
mengenalpasti tentang semua dakwaan yang dibuat berhubung pemberian
taraf kerakyatan bagi membolehkan warga asing mendaftar dalam daftar
pemilih.
Mahfuz berkata, suruhanjaya ini harus di bentuk sebelum pilihan raya umum ke-13.
"Sebelum report dikemukakan kepada awam pilihan raya ke-13 tidak boleh diadakan sama sekali," katanya.
baru dia pemimpin,berani dan tegas tak macam puak2 malaun tu pandai melanun aja dan berlindung dengan kuasa...sampai bila bro????????
ReplyDelete