Followers

Wednesday, April 4, 2012

03042012 Leave The Chair- Dewan Tolak Minority Report Pakatan Rakyat Unt...


Wednesday, April 04, 2012


Anda wajib tahu 5 sebab mengapa Parlimen panas semalam

Speaker Dewan Rakyat tidak mempunyai hak untuk menghalang laporan minoriti daripada dimasukkan ke dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya, kata wakil Pakatan Rakyat (PR).
Ahli Jawatankuasa PSC, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berkata, usul pindaaan dikemukakan kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah ditolak tanpa sebarang alasan kukuh."Kita minta supaya keputusan itu diteliti semula kerana tiada peraturan dari mana-mana peraturan mesyuarat yang menghalang Speaker untuk membolehkan laporan minoriti dimasukkan dalam laporan terakhir PSC.
"Walaupun pada awalnya Speaker mengaitkan beberapa beberapa amalan di beberapa buah negara, tetapi kita telah kemukakan beberapa amalan yang turut dilaksana, malangnya ia ditolak," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
Azmin berkata, pihaknya bersedia sekiranya majoriti Ahli Parlimen menolak laporan minoriti tersebut tetapi Speaker tidak boleh menggunakan kuasanya untuk halang laporan ini dibentangkan bagi tujuan perbahasan.
"Ini perkara pokok dan sebab itu, kita desak laporan minoriti ini mesti dimuatkan dalam laporan terakhir sebelum perbahasan bermula jam 2.30 petang.
"Isu dibangkitkan dalam laporan minoriti ini bukan perkara baru seperti dikatakan Speaker, ia isu penting yang telah kita bincangkan panjang lebar dalam jawatankluasa induk di peringkat tertinggi, tetapi semua perkara ini dipadamkan dalam laporan trakhir," katanya.
Seorang lagi anggota jawatankuasa PSC, Loke Siew Fook (DAP-Rasah) berkata, mereka tidak berpeluang membentangkan laporan minoriti ini dalam PSC dan menyebabkan mereka terpaksa membawanya untuk dibentangkan dan diputuskan di Parlimen.
"Perkara yang telah dipersetujui tidak dimasukkan dalam laporan minoriti dan perkara pokok dan paling penting berkenaan daftar pemilih dimasukkan dalam minoriti," katanya.
Menurutnya, terdapat lima perkara berkaitan daftar pemilih yang dibuat secara khusus iaitu berkenaan dengan persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen tanpa persetujuan.
"Sejak Mac 2008 hingga suku ketiga 2011, SPR telah memindahkan 31,294 pengundi keluar dari kawasan pilihan raya mereka. Ini melanggar prinsip belah bahagi yang telah ditetapkan sendiri oleh SPR.
"Keduanya, melibatkan 42,000 senarai pengundi baru belum dibersihkan oleh SPR pada akhir tahun lepas dan ia belum dibersihkan sehingga hari ini," katanya.
Selain itu berkenaan nama pengundi yang melebihi 100 tahun di mana kajian dijalankan mendapati 65,000 pengundi berusia 85 tahun ke atas dan terdapat 1,000 pengundi yang usianya melebihi 100 tahun.
Perkara keempat, menurut beliau, terdapat 15,000 nama pengundi yang didaftar dengan kad pengenalan berlainan jantina dan yang kelima, isteri anggota polis yang didaftarlkan sebagai pengundi pos.
"Kita dapati lebih kurang 4,500 isteri anggota polis yang didaftarkan jadi pengundi pos. Anggota tentera, isteri anggota tentera dan anggota polis sahaja yang layak jadi pengundi pos, manakala isteri anggota polis tidak layak jadi pengundi pos. Mereka sepatutnya jadi pengundi biasa," katanya.
Dewan Rakyat semalam menolak usul Pakatan Rakyat untuk melampirkan laporan minoriti dalam laporan PSC.
Laporan minoriti merujuk kepada laporan bertulis oleh sekurang-kurangnya dua anggota jawatankuasa untuk mengesahkan pandangan mereka yang bertentangan dengan pendapat majoriti.

Tuesday, April 03, 2012

Video parlimen "rimba" halau YB Pakatan Rakyat



Saksikanlah video live dari Parlimen disaat Ahli Parlimen PR dihalau keluar!

Keputusan paling ganjil sepanjang sejarah Parlimen Malaysia.Ahli parlimen pembangkang diketuai oleh Permatang Pauh bantah.. Speaker dewan Tan Sri Pandikar mengarahkan Gombak, Kuala Selangor Subang keluar dewan. Sedangkan bukan beliau yang mempengerusikan mesyuarat dewan ketika itu
Tiga ahli parlimen pembangkang diarah keluar Dewan Rakyat hari ini kerana enggan mematuhi arahan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung isu laporan minoriti.

Mereka mempersoalkan keputusannya tidak membenarkan laporan minoriti dilampirkan kepada laporan jawatankuasa pilih parlimen (SPA) bagi reformasi sistem pilihan raya.

NONE"Di bawah Perintah Tetap 42, apabila speaker bercakap, anda mesti diam," Pandikar memberitahu mereka.

"Di bawah Perintah Tetap 43, keputusan speaker tidak boleh dipersoalkan... dan di bawah Perintah Tetap 44, saya mengarahkan Gombak (Azmin Ali), Subang (R Sivarasa) dan Kuala Selangor (Dzulkefly Ahmad) meninggalkan Dewan."

Pandikar baru sahaja mengambil alih tugas mempengerusikan sidang Dewan daripada timbalannya, Datuk Ronald Kiandee, apabila beliau memerintahkan mereka meninggalkan Dewan.

Sivarasa bangun selepas waktu rihat tengah hari untuk meminta panduan daripada Kiandee mengenai kemungkinan Pandikar silap dalam keputusannya berhubung laporan minoriti.

Kiandee (kanan) enggan melayan permintaan tersebut, tetapi Sivarasa, tidak putus asa - dengan dibantu oleh celahan daripada Azmin dan Dzulkefly - terus membangkitkan perkara itu.

ronald kiandeeMereka membangkitkan duluan-duluan di mana laporan minoriti telah
dibentangkan dalam Parlimen negara Komanwel yang lain.

Kiandee (lamam) bertegas bahawa keputusan Pandikar juga dibuat berdasarkan duluan dan amalan yang diterima di Parlimen New Zealand dan negara Komanwel yang lain.

Keadaan menjadi riuh-rendah apabila ahli Parlimen pembangkang terus mendesak perkara itu.




Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat(Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.