KOTA BHARU, 11 April:
Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Ketua Pemuda Umno
Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh secara terbuka menyatakan sokongan
terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bagi memastikan pilihan raya lebih adil
dan telus.
“Kita
mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan
jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh
disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas.
“Malah
ia selaras dengan tuntutan Angkatan Amanah Merdeka. Jadi saya serah
kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28
April ini,” kata Tengku Razaleigh menjawab soalan penonton pada Bicara
UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.
Program itu anjuran bersama www.uttv.biz turut diadakan pelancaran Amanah peringkat negeri Kelantan. Dr Zayadi dilantik sebagai pengerusi Amanah Kelantan.
Bekas
veteran Umno Ketereh, Sabri Shafei bertindak sebagai moderator. Turut
hadir veteran Umno, Datuk Mazlan Harun dan Tamrin Ghaffar. Dewan
konvensyen penuh dengan gabungan antara penyokong Umno, PAS dan PKR.
Malah ramai yang datang dari Gua Musang.
Perhimpunan
Bersih 3.0 akan diadakan pada 28 April ini ekoran banyak pihak tidak
berpuas hati terhadap tuntutan Bersih 2.0 tak diterima kerajaan
sepenuhnya biar pun Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diwujudkan bagi
tujuan tersebut.
Seorang
penonton tiba-tiba meneriakkan Tengku hendak pergi ke.. Tengku
Razaleigh menjawab itu terpulang kepada ambo hendak pergi atau tidak
pada perhimpunan tersebut.
Program
Biacara UT6 sendat dengan pelbagai isu menarik yang berlaku sekarang.
Seorang anak muda mengajukan soalan agak panas dengan menanyakan bilakah
Ku Li dan Dr Zayadi mahu meninggalkan Umno memandangkan parti itu
didedah mereka sarat pelbagai penyelewengan.
Dr
Zayadi yang pernah dilucut jawatan sebagai Exco Umno Malaysia selepas
penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan sokongan padu
terhadap usaha dilakukan Bersih 3.0.
“Siapa
yang takut kepada Bersih bermakna dia itu kotor. Begitu juga kalau ada
orang takut kepada Amanah dia itu khianat. Jadi tidak ada sebab untuk
tidak menyokong Bersih 3.0,” ujarnya.
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).Hrkh
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.