KUALA LUMPUR 11 April: Dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
kononnya kerajaan akan menanggung RM43 bilion jika pinjaman Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan, adalah satu
pembohongan besar, kata Pengarah Starategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli.
Menurut beliau, jumlah pinjaman yang dibayar kepada peminjam sehingga
2011 adalah RM27.5 bilion, manakala jumlah pinjaman yang dikutip
sehingga 31 Disember 2010 sebanyak RM2.2 bilion dan anggaran yang
dikutip pada 2011 adalah RM0.6 bilion.
“Setelah ditolak RM27.5 bilion dengan RM2.2 bilion dan RM0.6 bilion
bermakna jumlah hutang yang ditanggung kerajaan hanya RM24.7 bilion dan
bukan RM43 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat pada program Runding
Cara: PTPTN dan Masa Depan Pembiayaan Pendidikan Tinggi di Shah Alam,
semalam.
Pada 7 April lalu, Utusan Malaysia melaporkan, Perdana Menteri
berkata kerajaan akan menanggung RM43 bilion jika pinjaman PTPTN
dimansuhkan.Najib mendakwa sekiranya PTPTN dimansuhkan ia akan menjadi beban kepada kerajaan.
Selain itu beliau mendakwa salah satu negara yang memberi pendidikan
percuma adalah Norway tetapi negara itu mengenakan cukai yang tinggi
kepada rakyatnya.
Mengulas perkara itu, Rafizi berkata, walaupun negara luar mengenakan
cukai yang tinggi kepada rakyatnya, mereka tidak perlu membayar banyak
cukai tidak seperti di Malaysia yang mengenakan pelbagai cukai dalam
‘diam’.
“Sebagai contoh saya pernah tinggal di United Kingdom dan memang di
sana cukai agak tinggi. Cukai dikenakan adalah 40 peratus ditambah
dengan 10 peratus insuran nasional, tapi apa bezanya, pertama tidak ada
satu perkhidmatan yang perlu saya bayar, tidak ada tol, tiada cukai
perkhidmatan dan segala-galanya percuma.
“Walaupun cukai ditolak awal-awal daripada pendapatan, baki
pendapatan yang kita ada itu kita masih boleh mmebeli kereta BMW, cukup
untuk kita tinggal di kondominium. Sebab itu tidak timbul isu cukai yang
tinggi.
“Apa bezanya dengan kita, kebanyakan kita tidak membayar cukai…
tetapi kita dikenakan cukai tol, cukai kereta yang tinggi di dunia.
Tidak ada negara yang cukai kereta 100 peratus… ubat di hospital
kerajaan pun kena cukai,” katanya.Keadilandaily.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.