Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Ahmad Zamzani Mohd. Zain memutuskan demikian terhadap Md. Zaki Othman, 49, selepas mendapati pembelaan lelaki itu gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan.
Ahmad Zamzani turut memerintahkan tertuduh dipenjara 112 bulan lagi sekiranya gagal membayar denda itu dan kesemua hukuman berjalan secara berasingan bermula hari ini.
Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh melalui peguamnya, S. Vijayan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.
Rasuah: Bekas GM Sime Engineering diarah bela diri - 23 November 2011
Bekas Pengurus Besar Kanan, Sime Darby Engineering Sdn Bhd di Pasir Gudang, Johor, diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini Rabu terhadap lima tuduhan rasuah melibatkan lebih RM180,000.
Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap semua pertuduhan yang dihadapi Md Zaki Othman, 49, melalui keterangan 26 saksi serta bukti yang mencukupi menerusi dokumen yang dikemukakan.
Mahkamah kemudian menetapkan tiga hari bermula 11 Januari depan untuk tertuduh membela diri, lapor Bernama Online.
Bagi pertuduhan pertama, Md Zaki didakwa menerima suapan berjumlah RM33,600 bagi bayaran set perabot daripada seorang kontraktor, Abdul Salam Ahmad, di rumahnya di Jalan Austin Perdana 2/11, Taman Austin Perdana di sini pada 10 pagi 14 Disember 2007 sebagai dorongan membantu Abdul Salam mendapatkan Surat Hasrat bertarikh 11 Januari 2008 bagi projek “EPCIC for MOQ Package 16, BE Process and BG Utility Platforms” bernilai RM23,901,959 kepada Duplex Energy Sdn Bhd.
Untuk pertuduhan kedua, dia didakwa menerima jam tangan berjenama Rolex bernilai RM21,700, juga daripada Abdul Salam di alamat yang sama pada 9 malam 10 Mac 2009, sebagai upah membantu melulus dan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan berhubung kontrak “EPCIC for MOQ Package 16, BE Process and BG Utility Platforms” di Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Pasir Gudang dan sub kontrak projek Kumang & Tangga Barat Cluster Development Project (Fasa 1) oleh Duplex Energy Sdn Bhd.
Bagi pertuduhan ketiga, Md Zaki didakwa meminta suapan berupa seutas jam tangan berjenama IWC berharga RM32,980 daripada Abdul Salam di Hour Glass Sdn Bhd, pusat beli belah Lot 10 di Jalan Sultan Ismail di sini antara 1.30 tengah hari dan 4.30 petang antara 13 Mac 2009 dan 15 Mac 2009.
Suapan itu sebagai dorongan membantu kontraktor berkenaan mendapatkan Surat Hasrat bagi projek kontrak kecil Kumang & Tangga Barat Cluster Development Project (Fasa 1) oleh syarikat milik kontraktor itu yang mengendalikan kejuruteraan minyak dan gas.
Bagi pertuduhan keempat, Md Zaki didakwa bersetuju terima suapan berupa jam tangan berjenama Hublot berharga RM60,000 daripada Abdul Salam pada 10 pagi antara 13 Mei 2009 dan 15 Mei 2009, sebagai upah membantu melulus dan mempercepatkan tuntutan bayaran kemajuan berhubung kontrak ‘EPCIC for MOQ Package 16, BE Process and BG Utility Platforms’ di Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Pasir Gudang dan projek kontrak kecil, Kumang & Tangga Barat Cluster Development Project (Fasa 1) oleh syarikat kontraktor itu.
Bagi pertuduhan terakhir, Md Zaki didakwa meminta suapan RM33,600 daripada Abdul Salam bagi bayaran set perabot di Europe Asia Furniture Expo Sdn Bhd, Jalan Universiti, Petaling Jaya dekat sini pada 28 November 2007.
Pendakwaan dikendalikan oleh Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala tertuduh diwakili peguam T. Vijayasandran.
Jalan Pulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.