Followers

Thursday, April 26, 2012

Demonstrasi 70 Lokasi Seluruh Dunia, Bersih 3.0 Bakal Pecah Rekod Dunia


 
Perhimpunan Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 bakal menjadi perhimpunan terbesar dalam sejarah berikutan ia dianjur serentak di 70 lokasi seluruh dunia, kata Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga.

Beliau berkata, perhimpunan itu sekali gus bakal memecahkan rekod dunia kerana belum ada penganjur berjaya mengadakan demonstrasi di 70 lokasi di 52 negara secara serentak, setakat ini.
“Saya jangka ia perhimpunan terbesar apabila ia diadakan serentak seluruh dunia. Suara rakyat akan bergema di seluruh dunia untuk menyatakan bantahan mengenai kepincangan sistem pilihan raya di Malaysia,” katanya.

“Dalam Bersih 2.0, perhimpunan peringkat global meliputi kira-kira 30 lokasi sahaja.

Kali ini saya yakin dapat mengumpul 500,000 orang di 70 lokasi yang menyertai perhimpunan Duduk Bantah di seluruh dunia,” katanya kepada Keadilan Daily.

Di Malaysia, katanya, perhimpunan diadakan di lapan bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu, Miri, Melaka, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.

Di luar negara, rakyat Malaysia menganjurkan perhimpunan itu di 70 lokasi, antaranya Singapura, Hong Kong, Jepun (Osaka, Tokyo), Austria (Graz), Australia (Brisbane, Canberra,Perth, Melbourne, Sydney, Adelaide, Hobart).

Selain itu, Amerika Syarikat ( Houston,Atlanta, Pittsburgh, Minneapolis, San Francisco, New York City, Washington DC, Los Angeles, Boston, Chicago, Portland, Columbus, Wichita Kansas, Ames, Iowa), Kanada ( Toronto, Montreal),
New Zealand (Auckland,Wellington, Motueka).

Ia turut diadakan di Taiwan (Taipei, Tainan), United Kingdom (London, Edinburgh, Scotland, Newcastle), Ireland Dublin, Sligo), Switzerland ( Zurich, Geneva), Sweden (Uppsala, Mälmo), Jerman (Koeln/Bonn, Berlin), China (Shanghai, Beijing).

Selain itu, Perancis (Paris), Thailand (Bangkok), Korea (Seoul, Busan), Finland (Helsinki), Rusia (Moscow), Jordan (Amman, Mafraq, Irbid, Mu’tah), Bangladesh (Dhaka), Netherlands (The Hague), Indonesia (Bali) dan Afrika Selatan (Cape Town). -KD



Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.