KUALA LUMPUR:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melakukan gangguan apabila
merampas baju Bersih 3.0 yang dijual di Dataran Merdeka, awal pagi ini.
Tindakan bersifat provokasi itu dilakukan sekumpulan penguat kuasa DBKL kira-kira jam 1.45 pagi ini.
“DBKL mula lakukan provokasi. Rampas baju Bersih 3.0 yg dijual di Dataran Merdeka.
“Gunakan
undang-undang sesuka hati. Rampas hak rakyat sesuka hati. Dataran
Merdeka jadi Dataran Penjajah!” tulis twitter rasmi Solidariti
Mahasiswa Malaysia (SMM), awal pagi ini.
“Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya?” tulis Presiden SMM, Mohd Safwan Anang pula.
Sebelum
ini, KEADILAN percaya ada arahan dari pemimpin Umno BN supaya DBKL
bertindak keras bagi menggagalkan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0
di Dataran Merdeka Sabtu ini.
Naib
Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kerajaan cuba lepas tangan
dalam isu Bersih 3.0 dan memindahkan beban itu kepada DBKL yang
menerima tekanan supaya menggagalkan acara Duduk Bantah tu.
“Kita tahu tindakan DBKL dan polis di bawah arahan kerajaan BN,” katanya kepada Keadilan Daily ketika diminta mengulas gelagat keras DBKL kebelakangan ini.Keadilandaily
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.