Followers

Saturday, April 14, 2012

BONGKAR: Hitler tiru taktik UMNO... kahkahkah...



Janganlah diperbankrapkan negara ini!

Nampaknya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-Baru (Umno) sudah tidak dapat berubah lahi. Dah dicuba pelbagai jenis ubat-ubatan, namum sehingga ke hari ini sakit barah di dalam Umno ini terus merebak ke seluruh organisasi parti tersebut yang menyebabkan Umno kini semakin tenat.

Di dalam perhimpunan agong Umno yang telah diadakan pada Disember 2011 tahun lalu, mesej yang jelas disampaikan oleh kebanyakan pemimpin parti itu menunjukkan perasaan syak-wasangka dan kebencian mereka terhadap masyarakat bukan Melayu di negara ini kian memuncak. 
 
Beberapa pemimpin Umno pada masa itu juga telah mengulangi ancaman mereka terhadap para penganut dan masyarakat Kristian agar “tidak melampaui batas” mereka.

Selain itu, daripada telatah beberapa orang perwakilan dalam perhimpunan agong Umno itu juga menunjukkan bertapa gilanya mereka ini untuk memastikan kemenangan di dalam pilihanraya umum (PRU) yang akan datang walau dengan apajua cara pun, diikuti dengan ancaman bahawa pertumpahan darah akan berlaku sekiranya mereka dikalahkan di dalam PRU yang dijangka diadakan tidak lama lagi. Ya, penyakit barah di dalam Umno ini sememangnya tidak dapat diubati lagi, apatah lagi dengan para pemimpin parti itu yang turut menghidapi penyakit tersebut.

Yang anti - 1Malaysia adalah Umno sendiri

Daripada apa yang sering dilaung-laungkan oleh presiden Umno dan perdana menteri Najib Razak telah membongkarkan kepada umum yang beliau dan para pemimpin Umnolah yang sebenarnya anti-1Malaysia selama ini.


Sejak mengambil-alih pucuk pimpinan dalam Umno, Najib sering tidak menghiraukan dan membenarkan budaya mengeluarkan ancaman dan membakar semangat kebencian berkembang subur terutamanya apabila perhimpunan agong Umno itu diadakan pada setiap tahun. Biarpun apabila Najib berdepan dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP, SUPP, Upko, PBS dan LDP, lain pula lakonan
beliau.

Yang menyebabkan penyakit barah di dalam Umno ini semakin parah adalah setelah dua hari perhimpunan agong Umno itu pada Disember tahun lalu, Najib secara rasmi merayu bantuan dan sokongan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ekstrim, radikal dan ganas, iaitu Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) bagi memastikan kemenangan mutlak Umno walau dengan apajua cara di dalam PRU yang akan datang (yang bermakna boleh juga membelakangkan amalan demokrasi, mengadakan huru-hara, serta menyebabkan pertumpahan darah).


Dan kenyataan Najib ini jelas telah memaku 1Malaysia dan seterusnya menamatkan riwayat hidup slogan ciptaan beliau itu.


Kronisme dalam Umno makin teguh

Selain daripada ekstrimisme dalam Umno yang semakin membara, kronisme di dalam parti tersebut turut menjadi semakin teguh dan kukuh.


Kronisme yang teguh dalam Umno itu jelas terpapar apabila ramai pemimpin tertinggi Umno yang giat berusaha melindungi ketua wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil yang kini sedang menghadapi asakan berikutan skandal penyelewengan peruntukan kerajaan oleh syarikat milik suaminya, National Feedlots Corporation Sdn Bhd (NFC) yang telah menyebabkan kerajaan persekutuan mengalami kerugian berjuta-juta Ringgit.


Mungkin hanya terdapat di antara dua hingga tiga pemimpin Umno yang mendesak perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri kabinet, senator dan ketua wanita Umno, namum kalangan majoriti pemimpin Umno mahu Shahrizat dikekalkan jawatan beliau di dalam kabinet dan parti.

Bolehkah Umno berubah?

Persoalannya adalah, bolehkah Umno berubah menjadi baik? Sebagai rakan paling besar dan “kuat” di dalam kerajaan BN, bolehkah Umno maju ke hadapan untuk melindungi hak rakyat jelata yang berbilang kaum dan memastikan kebajikan serta kedudukan masyarakat Cina, India, Kadazan, Dayak, Iban dan sebagainya di dalam negara ini agar terjamin? Bolehkah Umno menghapuskan rasuah di dalam parti tersebut? Bolehkah Umno menghentikan pemberian kontrak dan projek kepada kroni-kroni dalam parti yang bertaraf golongan bangsawan yang menjadikan mereka ini semakin kaya raya pada setiap hari? Dapatkah Umno menyelamatkan negara ini daripada ambang inflasi yang semakin runcing dan keadaan ekonomi negara yang semakin tenat?


Sewaktu perhimpunan agong Umno pada tahun lalu, satu laporan akhbar ada menyebut, “Umno dijangka akan memenangi PRU yang akan datang tetapi tidak akan dapat memimpin negara yang berbilang kaum ini dengan berkesan”.


Ini bermakna, harapan kita, selaku rakyat Malaysia terhadap para perwakilan Umno ini di dalam menjadi penentu halatuju dan wawasan negara telah dibalas pula dengan pelbagai bentuk persembahan mereka yang sungguh mendukacita serta memalukan.


Daripada membentangkan dasar-dasar yang dapat menggorakkan negara ini untuk maju ke hadapan, para perwakilan Umno ini asyik berdebat dengan isu-isu yang kuno dan bersifat jahiliah, seperti mengancam orang-orang yang berada di luar Umno, melakukan ejekan terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat, mengancam masyarakat Cina dan India, membincangkan cara-cara untuk membalas dendam dan asyik melabelkan para pemimpin pembangkang sebagai pengkhianat negara dan bangsa, penderhaka, pendusta, anti-Melayu, anti-Islam serta ancaman Kristian terhadap Islam dan Melayu.


Apa yang didakwa oleh kebanyakan perwakilan dan pemimpin Umno ini, kononnya masyarakat Melayu sendang diancam oleh orang-orang Kristian, orang-orang Melayu akan pupus jika Umno tidak ada lagi, negara ini akan menjadi sebuah republik, kesemuanya ini adalah sandiwara Umno semata-mata bagi membangkitkan api kemarahan masyarakat Melayu terhadap kaum yang lain.


Nampaknya perhimpunan agong Umno yang diadakan setiap tahun selalunya telah disia-siakan dengan begitu sahaja dengan adegan-adegan yang hanya bertumpu kepada politik dengki, benci membenci, dendaman serta tajuk yang sering diulangi kononnya orang-orang Melayu sedang diancam oleh pihak asing. Rupa-rupanya semua pihak disekeliling Umno selalunya salah dan hanya Umno sahaja yang betul-betul “suci”.


Bagaimana pula dengan negara ini? Lupakah Umno tentang pembaharuan? Lupakah Umno akan pentingnya ekonomi negara? Lupakah Umno yang negara ini merangkumi penduduk berbilang kaum, agama dan budaya? Kenapa asyik berdebat mengenai kepentingan politik di dalam Umno sahaja selama ini?


Dan Najib ada memberitahu Pekida, “jika sekiranya kita membuat perhitungan salah dan silap memilih parti untuk memerintah negara ini, Malaysia akan menjadi satu lagi Greece” (sebuah negara di benua Eropah yang telah bankrap akibat penyelewengan).


Sudah tentunya Najib sedang merujuk kepada BN dan Umno khususnya. Buktinya sudahpun berada di depan mata umum. Projek dan kontrak diberikan kepada kroni-kroni Umno yang langsung tidak berpengalaman, terus membenarkan aktiviti perolehan (pembelian) di jabatan-jabatan kerajaan dengan kadar yang melebihi harga pasaran sebanyak 150 peratus, walaupun ketua audit negara telah memberi amaran mengenai kegiatan penyalahgunaan kuasa yang semakin berleluasa itu, pemberian wang tunai kepada umum secara berlebihan untuk mendapatkan undi, meluluskan kenaikan gaji yang begitu tinggi sekali untuk semua kakitangan awam semuanya semata-mata untuk menambat hati para pegawai kerajaan bagi memastikan undi mereka kepada BN adalah
kukuh.

Jumlah kakitangan awam pula telah meningkat dengan begitu mendadak sekali sehingga mencapai angka 1.4 juta orang pada hari ini. Menurut seorang pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), jumlah 1.4 juta orang itu adalah sangat “memadai”.


Di negara Jepun yang mempunyai seramai 127 juta penduduk hanya mempunyai jumlah kakitangan awam di seluruh negara seramai 1.45 juta orang. Malaysia yang hanya mempunyai jumlah penduduk seramai 28 juta orang mempunyai jumlah kakitangan awam yang hampir sama dengan negara Jepun. Nampaknya adalah perlu untuk mengurangkan saiz perkhidmatan awam di negara ini yang dianggap telah melebihi apa yang sepatutnya bagi mengelakkan Malaysia daripada menjadi muflis seperti Greece.


Oleh itu, rakyat jelata perlu mengelakkan satu lagi risiko dengan Umno. Negara ini sudahpun memperlihatkan parti-parti alternatif (Pakatan Rakyat) yang kini memerintah empat buah negeri telah membuahkan hasil dengan berjaya meningkatkan pendapatan kerajaan negeri, mengurangkan bebanan hutang negeri dan menghapuskan pelbagai bentuk penyelewengan dan pemborosan dalam sektor kewangan kerajaan negeri. Malah, ketua audit negara turut memuji kecekapan dan pencapaian negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kerana dasar mereka yang telah memperkukuhkan hasil kewangan setiap kerajaan negeri yang diuruskan oleh mereka.

Siapakah sebenarnya pengancam orang-orang Melayu?

Sewaktu perhimpunan agong Umno, Najib dan para pemimpin Umno yang lain asyik melabelkan keadaan yang tidak waras mengenai bagi DAP untuk menakut-nakutkan masyarakat Melayu dengan menggelar DAP sebagai anti-Melayu, anti-Islam, anti-raja Melayu, komunis dan DAP akan jadikan negara ini sebuah republik Kristian.


Apabila PAS berjaya menguasai Terengganu yang majoritinya penduduk Melayu pada tahun 1999, siapakah yang telah menarik balik royalti minyak untuk negeri tersebut dan digantikan pula dengan tabung Wang Ehsan yang lebih kecil saiznya? Adakah itu perbuatan DAP?


Siapakah yang telah mencetuskan krisis perlembagaan pada tahun 1983 dengan mengurangkan kuasa dan peranan raja-raja Melayu? Adakah itu perbuatan DAP?


Pada tahun 2008, siapakah yang membantah titah Sultan Terengganu pada masa itu yang tidak melantik semula Datuk Idris Jusoh sebagai menteri besar dan mencaci baginda sultan dengan perkataan “binatang” yang tertulis pada kain rentang sewaktu bantahan itu? Adakah itu perbuatan DAP?


Siapakah yang telah melelong kewarganegaraan Malaysia kepada para pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri Sabah untuk memastikan Umno kekal berkuasa di negeri tersebut pada setiap pilihanraya negeri? Adakah itu perbuatan DAP?


Jadi, di manakah kebenarannya jika sekiranya BN dan Umno tidak dipilih semua di dalam PRU yang akan datang, orang-orang Melayu akan diancam kepupusan? Siapakah yang sebenarnya mengancam kedudukan orang-orang Melayu selama ini?


Namun, Najib terus menyeru Pekida agar “mempertahankan kerajaan (Umno) yang ada sekarang” demi memastikan kedudukan istimewa orang-orang Melayu terjamin, mengukuhkan kedudukan Islam dan mendaulatkan keagongan raja-raja Melayu sambil menambat dadanya, Najib melaungkan, “kita adalah pahlawan Melayu” dan seterusnya para perwakilan Pekida bangkit dengan laungan. “Hidup Melayu”.


Dengan kenyataan Najib dan suasana di dalam perhimpunan Pekida itu, seolah-olah negara kita ini sedang menghadapi peperangan atau serangan daripada pihak asing.


Siapakah Pekida sebenarnya?

Di dalam suasana Umno yang sedang “diancam”, tiba-tiba timbul sebuah pertubuhan NGO yang bergelar Pekida, entah keluar dari lubang mana untuk mempertahankan habis-habisan Umno yang kian pupus itu.


Apakah itu Pekida sebenarnya dan siapakah mereka? Pertubuhan ini bagaikan sebuah kumpulan samseng ataupun kongsi gelap yang berdaftar. Mereka berhubung berpandukan kod-kod rahsia seperti cara mereka berjabat tangan, merokok dan memberikan isyarat muka. Pekida mendakwa kini mempunyai dua juta orang ahli di seluruh negara.


Sewaktu penayangan filem Melayu “KL Gangster” di pawagam-pawagam pada tahun 2011 yang lalu, Pekida pernah mengemukakan bantahan mereka apabila panggilan seperti “abang long” dan “ayahanda” digunakan di dalam filem tersebut.


Ini mendorong seorang penulis blog bebas untuk mempersoalkan bantahan Pekida itu, “apakah benar kononnya filem tersebut telah mendedahkan kod-kod rahsia
Pekida? Terkejut juga dengan pertubuhan kebajikan dan dakwah itu yang turut bercirikan pertubuhan bawah tanah dan kongsi gelap! Pekida adalah gangster Melayu? Perlukah pertubuhan ini disiasat polis? Mana ada pertubuhan kebajikan dan dakwah Islam yang mengguna pakai kod-kod rahsia untuk berhubung?”

Rayuan Najib untuk mendapatkan bantuan Pekida bagi menghadapi serangan parti-parti pembangkang menunjukkan bahawa Umno kian terdesak kerana parti tersebut telahpun kehabisan modal untuk terus memerintah.


Umno sememangnya sudah tidak dapat bertahan lagi. Jadi apa yang ada padanya hanyalah serangan demi serangan terhadap lawannya dengan fitnah-fitnah yang dicipta, tuduhan palsu, asyik memainkan tayangan berunsurkan seks, menerbit video-video lucah, memainkan isu-isu perkauman, agama dan raja-raja Melayu yang kononnya ketiga-tiga institusi ini sedang diserang, diancam dan dipinggirkan oleh “pihak-pihak” yang tertentu.


Dan dengan cara sebeginilah Umno berharap akan dapat terus hidup. Bagaimana? Dengan terus membangkitkan adegan-adegan yang kononnya orang-orang Cina akan melenyapkan semua orang-orang Melayu, orang-orang Cina akan mengKristiankan masyarakat Melayu, orang-orang Cina akan menggulingkan raja-raja Melayu, memansuhkan Bahasa Melayu, menghapuskan agama Islam dan menjadikan Malaysia sebuah republik Kristian atau komunis.


Dengan cara inilah, Umno berharap akan dapat menakutkan masyarakat Melayu dan sekaligus membuahkan api kemarahan dan kebencian orang-orang Melayu terhadap kaum-kaum yang lain. Seterusnya, Umno akan mengambil kesempatan daripada keadaan tersebut untuk keluar menjadi “juara” dengan memimpin “perjuangan” mereka di dalam “mempertahankan” seluruh umat Melayu, kononnya.


Cara ini menyamai taktik politik perkauman yang digunakan oleh Adolf Hitler dan Parti Nazi pimpinannya sewaktu berada di kemuncak kekuasaan di negara Jerman sebelum perang dunia kedua.

Jadi, apa yang Umno hanya berminat adalah perkauman, kebencian, peperangan, keganasan, pertumpahan darah, ketuanan dan kuasa mutlak ke atas hamba-hamba abdinya. Apakah kesemua ini dapat membawa sebarang faedah dari segi memupuk semangat perpaduan di antara kaum ataupun untuk memajukan ekonomi negara kita ini? Tidak, sebaliknya ianya akan hanya membawa negara ini ke kancah kemusnahan dan kebankrapan sama seperti yang sedang dialami Greece.

Janganlah kita diperdayakan lagi oleh Umno yang akan membankrapkan negara ini.

Malaysia Chronicle

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.