KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menafikan tuduhan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kononnya beliau menjadi alat pembangkang.
Sambil membidas tindakan Zahrain sebagai tuduhan 'semacam orang yang sudah gila', Abdul Kadir berkata wakil rakyat bebas yang juga bekas ahli PKR itu juga sudah tidak boleh dipakai lagi.
"Sebelum
ni dia buat keluar kenyataan pelik-pelik, saya tak kisah sangat lah
sebab saya tahu dia nak cari makan. Saya kesian kat dia.
"Tapi
sejak akhir-akhir ni saya lebih kesian kat dia. Dari cerita-cerita dia
ni nampak sangat dia ni macam gila," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zahrain kepada TV3
yang disiar dalam Buletin Utama malam tadi yang mengulas isu PAS Kedah.
Zahrain
mendakwa kumpulan Anwarinas telah memperalat dua orang exco Kedah bagi
menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan.
Dalam
ulasannya juga, Zahrain turut berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim turut menggunakan bekas-bekas pemimpin Umno seperti Tan
Sri Abdul Kadir untuk menyerang Umno.
Mengulas
lanjut, Abdul Kadir yang juga bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi
berkata, tuduhan Zahrain itu tidak masuk akal dan tidak munasabah.
"Memang sahih dia macam gila. Kalau nak cari makan pun, buat la cerita-cerita munasabah, jangan duk cerita benda tak masuk akal.
"Jadi saya mintak kawan-kawan Zahrain ni hantar dia ke Tanjung Rambutan," katanya.
Tak perlu cabar
Mengulas
gesaan beberapa pihak yang mahu beliau menyatakan pendirian sama ada
masih menyokong BN atau sudah menyokong pembangkang, Abdul Kadir berkata
beliau tidak mahu layan.
Menyifatkan cabaran itu hanya datang dari 'budak hingusan', beliau berkata melayan cabaran itu hanya membuang masa beliau.
"Saya
pegang jawatan dalam Umno 56 tahun. Siapa diorang nak cabar saya, dia
baru dua hari masuk politik dah nak cabar saya," tegasnya yang kini
memegang jawatan Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).
Desakan itu dipercayai ekoran kenyataannya kepada beberapa media alternatif baru-baru ini yang disifatkan menghentam Umno BN.
Pada
temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir
mendedahkan jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung
mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk
tujuan membeli undi pada pilihan raya.
Dalam isu agenda bumiputra pula,
dalam temubual itu beliau mendakwa kerajaan BN telah gagal meletakkan
kedudukan sosio ekonomi bumiputra di tahap sepatutnya sedangkan BN sudah
diberi tempoh 50 tahun memerintah.
Ianya termasuk kemudahan pinjaman 30 peratus kepada syarikat kecil bumiputera yang kini sudah dihentikan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.