Mashitah seorang yang cantik, putih melepah campur kekuningan bunga
kunyit muda. Kecantikan itu memegunkan setiap mata memandang, baik
lelaki maupun perempuan. Apa lagi saat emosi dan berahinya tumpah
wajahnya akan kelihatan ‘belengas macam tapai mala’ dalam mata jantan.
Lelaki yang merenung dan melihat ke dalam anak matanya akan boleh
terkulai dan lemah seluruh orat saraf. Terbawa-bawa wajahnya ke dalam
mimpi sampai ke muara Subuh. Demikian cantik dan ayunya Mashitah seayu
namanya. Aduhai..
Mashitah: Bila belengasnya sudah kering
Mohd Sayuti Omar
Betullah kata orang wajah yang cantik tidak semestinya mencerminkan
akhlak dan pertuturan yang murni. Begitu juga wajah yang buruk
(subjektif penilainya) bukan menggambarkan perwatakan dan pertuturan
yang buruk dan jelek. Kalau ini boleh dibuktikan dengan apa yang berlaku
ke atas Mashitah Ibrahim, iya adalah salah satu buktinya nyata.
Mashitah seorang yang cantik, putih melepah campur kekuningan bunga
kunyit muda. Kecantikan itu memegunkan setiap mata memandang, baik
lelaki maupun perempuan. Apa lagi saat emosi dan berahinya tumpah
wajahnya akan kelihatan ‘belengas macam tapai mala’ dalam mata jantan.
Lelaki yang merenung dan melihat ke dalam anak matanya akan boleh
terkulai dan lemah seluruh orat saraf. Terbawa-bawa wajahnya ke dalam
mimpi sampai ke muara Subuh. Demikian cantik dan ayunya Mashitah seayu
namanya. Aduhai...
Selain memiliki wajah yang ayu dia seorang
yang cerdik dan berilmu. Dia seorang penceramah (motivator macam Hasan
Akidah...lah) wanita yang handal.
Namanya jadi sebutan dan
wajahnya selalu muncul dalam tv dan menjadi penghiasan muka depan
majalah. Tahu membaca hadith dan Quran kalau pun tidak semua ayat-ayat
perintah dan larangan ditaati dan dipatuhinya dengan yakin kul hayakin.
Kerana kehebatan dan kebolehan itu dia diambil masuk ke gelanggang
politik? Mungkin juga pengambilan itu bukan sangat kerana kebolehannya,
tetapi kerana kecantikan dan syaksiyah yang nampak Islami. Parti Umno
memang obses kepada kecantikan perempuan bukan kepada nilai tambah
Islam.
Mulanya orang teruja dan mengira dia akan dapat menjadi
seorang serikandi politik yang hebat dan merubah keadaan dalam Umno.
Menjadi perjuang kepada kebenaran dan keadilan seperti Siti Khadijah
isteri Rasulullah s.a.w.
Pembela kepada kaum Hawa. Harapan
jauh diberikan kepadanya agar memperbetulkan budaya kerja dan sosial di
kalangan wanita Umno. Dia diharap menjadi Ibu Hadhari dan ketua wanita
Umno. Tetapi malang tidak sampai ke situ daya politiknya lemah.
Kelembutan, ketakwaan dan keimanananya nampak seperti turut mencair
selepas bergelumang dengan politik. Tiada teguran kepada sosial wanita
Umno. Tidak pernah terdengar dia menyebut fasal kepentingan kain tudung
kepada wanita Umno.
Rafidah atau Sharizat Jalil atau Siti
Hasmah yang rambut berjuntai di dahi macam ekor burung damak jantan.
Mashitah tidak pernah tegur. Bahkan dia sendiri pernah bersalam dengan
lelaki bukan muhrim tanpa berlapik di parlimen, saya sendiri
menyaksikannya?
Akhir-akhir ini akhlak dan tutur katanya
semakin memburuk. Mungkin sudah tertelan air liur pemimpin-pemimpin Umno
yang suka bercakap huduh atau sudah terlangkah air kencing Selentia.
Mashitah sudah berani memburukan orang lain dan memfitnah musuh-musuh
partinya. Mashtitah sudah melakukan upacara buka mulut kali kedua
barangkali dengan menggunakan cincin atau batu Mahathir.
Wanita
cantik dan belengas ini sudah mula pandai mengatakan orang dan membuat
tuduhan melulu tanpa disertakan fakta dan bukti cukup. Dia sudah
membudayai politik Umno yang sedia melakukan apa saja kejahatan demi
kuasa. Soal adat budaya dan hukum hakam tidak dipedulikan lagi.
Bacalah apa yang terkandung dalam catatan Mashitah ini yang disiarkan
dalam sebuah akhbar. Tenguk macam mana liar dan huduhnya sifat dan
pemikiran Mashitah tidak setanding dengan kecantikan dan ‘kebelengasan’
tubuhnya yang Allah anugerahkan kepadanya.
“Penangkapan Ahli
Mahlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh
berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah
kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan
pembangkang.
Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak
menjadikan beliau kebal; malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah
kepada Jabatan Agama Islam Pahang.
“Mengikut laporan, beliau
mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari
daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. Mungkin
benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya
disiasat.
“Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan
pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang
dalam keadaan tertekan.
Mereka perlu lakukan damage control,
apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli
Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan
longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu
dan projek kroni). Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta
perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak,
Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan
pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.
“Apa pun, kes
Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di
Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen
Kubang Kerian.
Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di
dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau
dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.
“Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki
di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki
berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini
terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik
Mat.
“Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan
rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal
seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum.
Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.
Skandal
membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua
kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas
sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang
mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi
seksnya.
“Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku
seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar
menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. Beliau tidak menjawab
tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh
berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada
Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad.
Maksudnya, beliau
diperangkap.
“Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad
Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu
sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh
Umno telah memerangkapnya. Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga
juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.
“Presiden
Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan
skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan
mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan.
Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah
dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu
yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya.
“Perkahwinan
bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan
perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan
beberapa tahun di mahkamah. Dilaporkan bekas isterinya menuntut
pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki
harta yang banyak.
“Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh
dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan
pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh,
serban yang tinggi atau janggut yang panjang.
Hakikatnya
mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki
nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa
walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.”
Jelas
sekali tulisan dan kritikan Mashitah kepada para pemimpin pembangkang
itu fitnah dan fakta yang tidak tepat. Nampak sangat Mahsitah sedia
digoda syaitan agar membuat fitnah kepada sesama manusia.
Dia
sudah menjadi alat kepada politik munafik. Di mana ilmu dan kewarakannya
selama ini. Mungkin bukan saja saya, orang lain yang pernah menganggap
Mahsitah bukan saja cantik tetapi berilmu, terkejut beruk dengan bentuk
penulisan berunsur fitnah itu. Begitu juga seorang lelaki yang
tergila-gilakan Mashitah sampai kini sudah meleburkan cintanya apabila
melihat Mashitah sudah berubah?
Ada dua tempat sekurang-kurang
dalam tulisan Mashitah itu bohong dan fitnah dan sengaja mahu
memburukkan pihak yang dituduh. Pertama mengenai tuduhan terhadap
Presiden Pas, Abdul Hadi Awang kononya pernah ada skandal dengan anak
dara orang untuk dijadikan isteri ketiga. MasyaAllah...
Nauzubilahiminazalik....
Dari mana Mashitah mendapat cerita ini
kalau ia bukan dari bisikan syaitan dan Iblis. Syaitan dan iblis sangat
hampir dengan sesetengah pemimpin Umno seperti mana kata Nazri Aziz.
Bila Nazri kata Anwar Ibrahim iblis, ertinya Nazri juga iblis atau hantu
kerana iblis mengenali iblis. Anwar dulu pun Umno juga.
Kedua
ialah tuduhan ke atas Adun Selising Saiful Bahari itu. Mashitah kata
Saiful ada sekandal dengan isteri orang dan kena tumbuk di stesen
keretapi Wakaf Baru. Dari bakul sampah syaitan mana Mashitah mengutip
cerita ini dan ditulis untuk paparan umum. Benarlah wanita akan jadi
lebih kejam dari lelaki kerana ia dikuasai 90 peratus nafsu amarah
berbanding lelaki hanya 10 peratus.
Demikian juga dengan
isu-isu dihadapi Mat Sabu, Badrul Amin dan bekas speakar Dun Kelantan
(sebanrnya bekas timbalan speakar) Kelantan itu. Sedih seorang ustazah
yang belengas macam Mashitah dia tidak membuat semakan baik dari
undang-undang dan juga hukum sebelum menulis untuk mencernakan pemikiran
siasahnya kepada media.
Terhadap dua tuduhan beliau ke atas
Saiful dan Abdul Hadi Awang itu, tindakan undang-undang (saman) boleh
dilakukan. Saya mengsyorkan demi kebaikan dan pengajaran kepada
Mashitan, Abdul Hadi dan Saiful Bahari menyaman Mashitah binti Ibrahim.
Elok juga kalau giring wanita ini ke mahkamah mudah Mashitan akan
tersedarari keenakan sofa politik.
Saya yakin catatan dan idea
itu bukan original dari Mashitah. Ada tukang tulis yang menulis kemudian
menggunakan nama Mashitah. Bagaimana pun persepsi dan pandangan buruk
akan dipikul oleh Mashitah kerana ia diletakkan nama Dr Mahsitah
Ibrahim. Maka berhati-hatilah untuk bercakap isu politik yang dilakar
oleh orang lain kerana akhirnya keburukan terkena ke atas tubuh kita.
Natijah naifnya politik Mashitah menyebabkan tulisan itu memberi damage
kepadanya. Ia boleh menghapuskan kebelengasan wajahnya dalam mata
lelaki. Mata lelaki ada kalanya bukan berapikan nafsu semata-mata tetapi
ada juga yang bernurkan ilmu. Pakailah kosmetik berjenama apa sekali
pun atau cukurlah bulu kening tetapi kalau mulut sudah busuk orang akan
benci dan menjauhi kita.
Seburuk-buruk dan sebenci-benci Rosmah
Mansor kepada pemimpin pembangkang yang memburuk dan memfitnahkan
suaminya Ha Najib Razak, Rosmah tidak pernah menulis atau upah orang
membuat fitnah kepada pemimpin pembangkang seperti mana Mashitah
Ibrahim.
Tampaknya di akhir zaman ini Rosmah kelihatan lebih ustazah berbanding dengan seorang digelar ustazah seperti Mashitah? -
MSO
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.