Pengerusi National Feedlot Corporation (NFCorp) yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Jalil, dihadapkan ke mahkamah atas empat tuduhan.
Dua tuduhan pertama melibatkan pecah amanah manakala dua lagi membabitkan pelanggaran Akta Syarikat 1965.
Shahrizat menemani suaminya, Mohamad Salleh Ismail di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta sebentar tadi.
Suami Shahrizat di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Ketika media melaporkan tindakan akan diambil ke atas pemimpin kanan NFC hari ini, suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Dr Mohamaed Salleh Ismail dilihat berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.
Tidak diketahui, apakah beliau akan didakwa hari ini atau orang lain berikutan kes NFCorporation.
Difahamkan bahawa beliau kemungkinan dikenakan tuduhan berkaitan dengan kes NFCorp tersebut.
Semalam Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan akan meletakkan jawatan apabila tamat tempoh perlantikan beliau sebagai senator 8 April nanti.
Namun, ramai yang tidak bersetuju beliau meletakkan jawatan kerana beliau sebenarnya tamat tempoh perkhidmatan pada tarikh tersebut.
Ekoran berita itu, hari ini media menyiarkan pula berita pemimpin kanan NFC akan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.
Datuk Dr Mohamaed Salleh Ismail adalah Pengerusi Eksekutif NFCorp yang mendapat pinjaman mudah kerajaan bernilai RM250 juta.
Ketika membentang laporannya hujung tahun lalu, Ketua Audit Negara menyatakan, ada masalah yang sedang menyelubungi projek ini.
Ekoran itu, pelbagai pendedahan dibuat termasuk pembelian kondo mewah di Bangsar dan Singapura, kereta mewah serta perlancongan mewah yang melibat wang NFC.
Ia bertentangan sama sekali dengan tujuan pinjaman mudah ini diberikan iaitu projek memajukan penternakan negara melalui pusat fidlot nasional.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.