Di mana-mana
pun sangkaan atau keyakinan seperti ini memang ada. Bunyi sangkaan dan
keyakinan itu adalah, "Dalam BN, Umno kuat dan boleh kuasai MCA.
Tetapi, adakah dalam gabungan Pakatan Rakyat yang masih rapuh itu, PAS
boleh kuasai Dap?"
Selalunya, kata-kata ini lahir
dari lidah orang-orang Umno itu sendiri. Namun, isunya di sini
bukanlah persoalan benar atau pun tidak. Isu penting di sini - adakah
kenyataan ini bertaraf sangkaan atau sebuah keyakinan yang cuba
dijelmakan atas nama penyelidikan rambang.
Kalau benar MCA itu dikuasai Umno, maka
pernahkah ahli-ahli Umno menyiasat dan membuat penyelidikan, kenapakah
MCA masih diperbodohkan Umno jika benar Umno menunggang dan menguasai
MCA itu?
Salah satu jawapan yang boleh menjelaskan kenapa MCA boleh dikuasai dan
dipengaruhi Umno ialah - kuasa wang! Bagaimana Umno melakukannya ke
atas MCA? Iaitu, melalui anugerah projek-projek dan dengan cara itulah
MCA akan didiamkan.
Kedudukan ini amat merbahaya kepada Umno dan Melayu sendiri. Ini
kerana, negara sedang menuju ke wilayah kemiskinan. Kedudukan
perjanjian Umno dan MCA yang semangatnya berteraskan wang, projek dan
kuasa ini menyebabkan MCA akan kembali menguasai dan menunggang Umno
ketika parti itu semakin lemah lantaran ketiadaan wang lagi. Wang, bagi
Umno adalah kekuatan paling tinggi!
Jadi perkara inilah yang paling kerap didengungkan dari telinga ke
telinga masyarakat. Polemik 'siapa menunggang siapa' dalam BN atau
Pakatan Rakyat adalah antara ramuan fikiran orang-ramai yang tidak
kunjung berkesudahan menjadi bahan fikiran mereka.
Perkara ini penting bagi sesetengah orang Melayu sebab mereka mahu
menyelamatkan survival Melayu. Jika Umno di dalam BN itu yang dianggap
boleh menyelamat kepentingan Melayu, maka seburuk mana pun Umno dalam
BN itu, parti itulah juga yang akan diundi Melayu lantaran parti korup
itu diyakini dapat menyelamatkan kepentingan Melayu.
Soal sama ada
benar atau tidak Umno dapat menyelamatkan kepentingan Melayu itu
menjadi menjadi tidak penting lagi. Yang penting adalah kefahaman yang
kerap berlegar dalam fikiran Melayu bahawa Umno itulah pembela Melayu
di kala susah walaupun parti itu korup.
Jadi dengan mendedahkan keburukan Umno itu bukannya menjadi sebab lagi
untuk menang. Yang perlu dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat ialah
meyakini Melayu bahawa bangsa Melayu itu dibela terus-menerus di bawah
kerajaan baru Pakatan Rakyat ini.
Maka, debat berterusan adalah cara terbaik untuk mencari arah hala tuju
antara kedua-dua gabungan parti-parti besar ini. Debat,
setidak-tidaknya boleh memudahkan rakyat membuat kesimpulan tentang
persoalan ini, "Adakah Umno kuasai MCA atau sebaliknya? Adakah PAS
kuasai Dap atau sebaliknya?"
Rakyat mahu
tahu, adakah perkara di atas ini masih kekal sebagai suatu sangkaan
atau kedudukan kenyataan itu masih lagi tegak berdiri sebagai sebuah
tiang keyakinan yang teguh bagi sesetengah orang? Anwar Ibrahim
misalnya sudah terlalu bersedia untuk berdebat, tetapi lawan Najib
Razak nampaknya masih ragu-ragu, takut dan malu-malu untuk berdepan
dengan debat itu.
Syahadan, baru-baru ini, pecahlah jawapan sebenar daripada lidah
pemimpin nombor wahid MCA; Chua Soi Lek dalam debatnya bersama Lim Guan
Eng.
Chua dengan tegasnya menyatakan: "Kita orang Cina, berani
menentang-menentang dan melawan Umno terutama dalam bab hudud, adakah
DAP berani dalam hal ini?"
Nampaknya, dalam
pusingan ini pun, Umno sudah tewas kerana Chua sudah berani dan jelas
menyatakan buah fikirannya yang menentang Hudud, dalam keadaan Umno
gugup berdepan dengan pandangan itu. Maka, diketahuilah akan sekalian
rakyat jelata bahawa sekalian Umno itu penakut rupa-rupanya.
Maka, terhadap kenyataan itu, Lim pun berkata: "Kita orang Dap, tidak
boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal agama mereka, begitu
juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab agama kita..."
Lim tidak berkata
bahawa beliau mewakili Cina walaupun memang ramai Cina dalam Dap.
Tetapi, Lim berkata Dap tidak boleh halang kepercayaan orang Islam dan
beliau turut mewakili suara hati PAS dengan berkata, bahawa PAS ini
tidak menyekat agama lain juga.
Jadi, sudah jelas dalam pusingan awal ini, Umno memang dikuasai MCA
dalam BN. Tetapi dalam Pakatan Rakyat, semangat musyawarah itu hadir.
Tiada sesiapa pun yang menguasai sesiapa dalam Pakatan Rakyat ini,
manakala debat-debat berlangsung dengan berterusan secara sihat.Hrkh
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.