Dulu Ezam berkawan dengan wanita berakhlak, kini....? |
ADA seorang betina tua yang mengaku `dara' pernah dibuang oleh ayahnya
sendiri dan tidak diakui sebagai darah dagingnya sehingga si ayah
meninggal dunia. Betina ini juga pernah dirujuk sebagai `Wanita Neraka
Ketujuh' oleh abangnya sendiri. Itu mukaddimah kisah seorang betina
yang menghabiskan masanya bercakap lucah, mencarut serta menabur fitnah
demi mengisi perutnya.
Lupakan kisah betina itu. Aku mahu merujuk laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini di sini.
Umi Hafilda kononnya mahu mengugut DS Anwar Ibrahim dan abangnya Azmin
Ali untuk menjaja semua cerita buruk kedua-dua pemimpin PKR tersebut
menjelang Pilihanraya Umum nanti. Kononnya, kedua-dua tokoh itu akan
`lari tidak cukup tanah' apabila beliau bersama Tim Sesumpah yang
terdiri dari Ezam sesumpah dan Nalla Karupan bakal menggempur DS Anwar
dan Azmin.
Soalnya, mengapa mesti menunggu saat Pilihanraya? Jawapannya mudah.
Ini adalah kerana cerita yang bakal keluar dari mulut-mulut pencacai ini
hanyalah modal Pilihanraya sahaja. Sebelum ini kita boleh lihat,
apabila ada sahaja Pilihanraya Kecil, maka timbullah muka
pencacai-pencacai ini untuk mencari makan. Mereka tahu saat Pilihanraya
adalah saat paling `murah rezeki' haram yang diperolehi. Kerja menjadi
`Pelacur Politik' bagi mereka lebih bersih dari menjadi pelacur di
lorong-lorong gelap, walaupun hasilnya sama iaitu duit haram.
Jika benar telus mahu tegakkan kebenaran, mengapa mesti tunggu saat
Pilihanraya? Mengapa tidak dedahkan dulu dan sekarang? Mengapa sewaktu
Umi Hafilda dipanggil menjadi Saksi sewaktu kes Liwat 1 dahulu beliau
tidak tampil dengan semua bukti yang kononnya beliau miliki? Mengapa
mesti tunggu hampir 14 tahun mahu dedahkan? Dan, peliknya mahu menunggu
tarikh Pilihanraya pula? Ertinya, mereka hanya mahu jadikan fitnah
sebagai modal Pilihanraya semata-mata. Sebab itu, apa yang beliau
katakan kononnya ada bukti dan sebagainya itu tidak pernah dibawa ke
dalam mahkamah malahan tidak pernah pun dibuat laporan untuk disiasat.
Taktik mereka hanya satu iaitu mereka akan karang cerita fitnah,
kemudian dengan bodohnya mencabar DS Anwar atau Azmin menyaman mereka.
Apabila DS Anwar dan Azmin enggan melayan permainan bodoh mereka itu,
maka modal besar mereka adalah mendakwa DS Anwar dan Azmin amat takut
dengan mereka dan memang benarlah cerita-cerita bodoh mereka itu.
Kalau aku berada di tempat betina ini, mudah sahaja. Aku akan bekalkan
semua fakta dan bukti yang aku ada tentang DS Anwar dan aku akan
serahkan pada Najib. Sudah tentu Najib mempunyai modal besar apabila DS
Anwar mencabarnya berdebat. Bayangkan jika Najib memiliki semua bahan
bukti yang ada pada betina ini dan Najib akan dedahkan sewaktu berdebat
dengan DS Anwar nanti. Ketika itu, aku percaya DS Anwar akan `lari
tidak cukup tanah'. Malangnya betina ini amat bodoh, tidak tahu
langsung untuk membodek Najib agar Najib lebih berani berdebat dengan DS
Anwar. Sehingga kini, Najib terus menikus tanpa seorang pun yang tampil
untuk memberikan `tangkal' untuk menjadikan Najib seorang `jantan
sejati'.
Percayalah, kempen fitnah dan cerita lucah dan seks yang bakal dibawa
oleh betina dan kumpulan sesumpah ini bakal dicampakkan oleh rakyat ke
muka mereka sendiri. Apa yang bakal kita lihat nanti, selepas PRU ke
13, InsyaAllah, yang akan `lari tidak cukup tanah' bukan mereka ini
sahaja bahkan tuan-tuan mereka juga akan lari kerana mereka tahu sudah
berapa banyak perut-perut mereka mentekedarah hak rakyat. Mereka pasti
lari lintang pukang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.