SHAH
ALAM - Ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah mahu bertanding
lagi di kerusi Parlimen Gua Musang, yang disandangnya sejak 1969,
jikapun tidak dicalonkan oleh partinya pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13).
Menurut
Ketua Umno Gua Musang ini, hanya rakyat yang boleh memutuskan
kedudukannya dalam pilihan raya umum akan datang."Saya terpulang kepada
rakyat...," kata beliau dalam temu bual eksklusif dengan saluran Astro Awani yang disiarkan hari ini.
Tengku
Razaleigh, yang juga bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno,
merupakan antara wakil rakyat paling lama yang masih berkhidmat.Bahagian
Gua Musang merupakan antara beberapa kerusi yang menjadi kubu kuat Umno
dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.
Mengikut
tradisi BN, parti-parti komponen akan menamakan senarai calon untuk
dipilih oleh pucuk kepimpinan perikatan itu.Tengku Razaleigh melahirkan
pendirian ini ketika BN sedang bersiap untuk mengadakan PRU13, yang
banyak pihak menyebut akan dipanggil pada Mei atau Jun ini.
Sidang
Parlimen akan bersidang selama sebulan mulai 12 Mac ini.Dalam temu bual
itu, Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan "Ku Li" berkata, soal
parti tidak begitu penting sekali.
"Soal
parti barangkali tak begitu penting sekali... bukanlah saya ketepikan
kepentingan parti," kata beliau yang pada tahun 1987 mencabar Tun Dr
Mahathir Mohamad dalam pemilihan jawatan Presiden Umno.Mengenai kualiti
calon yang rakyat mahukan, Tengku Razaleigh berkata, mereka yang hendak
dipilih sebagai calon seharusnya dapat melayani tuntutan-tuntutan
rakyat.
"Mesti
bukan saja pandai buat kerja misalnya di Parlimen ataupun di luar
Parlimen, tetapi mesti dapat melayani tuntutan rakyat, memang tuntutan
rakyat ini banyak, seribu satu macam berbeza daripada bandar dan di luar
bandar," katanya lagi.
Katanya,
rakyat juga mahu wakil rakyat yang tidak mencari komisen daripada
projek kerajaan atau menyeleweng duit peruntukan untuk rakyat.Sehubungan
itu jelas beliau, tidak cukup untuk BN meletakkan calon boleh menang,
tetapi wakil yang hendak diturunkan itu mesti juga dilihat bersih.SH
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.