Followers

Saturday, March 3, 2012

Laporan SPRM Terhadap Datuk Hafarizam Dan Tun Zaki

 
Rampasan kuasa yang berlaku di Negeri Perak dilakukan dengan penglibatan pelbagai agensi kerajaan yang telah diperkudakan untuk kepentingan politik Barisan Nasional. Sistem Demokrasi tidak dihormati dan keluruhan perlembagan negara juga telah dicemari.

Dewan Negeri Perak yang mulia juga telah diceroboh oleh pihak polis dan samseng diatas arahan yang diberikan oleh Barisan Nasional.

Krisis Negeri Perak hanya boleh diselesaikan oleh pihak legislatif yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Tetapi pihak eksekutif telah campurtangan dalam isu dewan perundangan untuk menjatuhkan kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat. Tambahan pula pihak eksekutif telah memperalatkan mahkamah untuk kepentingan mereka. 
 
Mahkamah merupakan platfom terakhir kepada rakyat Malaysia untuk menuntut keadilan. Setiap warga negara mengharapkan keadilan yang suci daripada pihak mahkamah. Mahkamah tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Mahkamah harus memberi pengadilan kepada pihak-pihak yang terlibat mengikut lunas undang-undang dan perlembagan negara.

Apa akan berlaku jika pihak mahkamah itu sendiri tidak boleh memberi pengadilan yang sebenar kerana dipengaruhi oleh faktor-faktor lain?

Terdapat beberapa kes penting di negeri Perak. Antaranya ialah kes Dato Seri Nizar vs Dato Seri Zambry, V.Sivakumar vs Dato R.Ganesan, V.Sivakumar vs Jamaludin, Osman & Hee Yit Foong, V.Sivakumar vs SPR, V.Sivakumar vs Zambry & EXCO. Pakatan Rakyat kalah dalam semua kes-kes di atas walaupun banyak kes-kes sebelum ini dan undang-undang negara lebih mirip dan condong kearah Pakatan Rakyat. 
 
Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa pihak mahkamah kabur melihat undang-undang dan sanggup memberi keputusan berpihak kepada Barisan Nasional? Jawapan untuk soalan-soalan ini akan diperjelaskan satu per satu.

Peguam untuk Barisan Nasional ialah penasihat undang-undang UMNO iaitu Datuk Hafarizam Harun. Ketua Hakim Negara pada masa itu ialah Tun Zaki Azmi. Kontroversi terbaru timbul ekoran pemberian konsesi bernilai RM2.2 billion Lebuhraya Kinrara- Damansara (Kidex) kepada kedua-dua tokoh ini. Konsesi ini diberikan kepada dua orang tokoh yang terlibat secara lansung dalam menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Antara perkara-perkara yang perlu dilihat dan diberi perhatian adalah seperti berikut:

1) Datuk Hafarizam adalah merupakan pengarah 2 buah syarikat yang menerima konsesi tersebut iaitu Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

2) Nik Sazlina Mohd Zain, Isteri kepada Tun Zaki pula merupakan pengarah Syarikat Emrail.

3) Peguam UMNO dan Isteri Ketua Hakim Negara merupakan pengarah-pengarah dalam syarikat yang sama diberi konsesi oleh kerajaan yang bernilai RM2.2 billion. Terdapat konflik kepentingan yang jelas dalam perkara ini.

4) Emrail tidak mempunyai rekod dalam pembinaan lebuhraya. Syarikat ini hanya berhasrat menjadi syarikat kejuruteraan Rel Utama di negara dan rantau ini.

5) Apakah sebab tender ini diberikan kepada kedua-dua syarikat ini? Apakah kriteria-kriteria yang telah diguna pakai dalam isu pemberian konsesi ini ? Adakah syarikat-syarikat lain juga dipertimbangkan? Adakah tender terbuka dibuat? Apakah terma-terma konsesi? Apakah kadar tol dan perkongsian keuntungan?

6) Hafarizam sendiri mengaku bahawa syarikat-syarikatnya diserang memandangkan mereka adalah antara sebilangan kecil syarikat Bumiputera yang dianugerahkan projek ini.

7) Raja Petra dalam blognya mendakwa bahawa kerajaan Malaysia mengamalkan kroni dalam menganugerahkan konsesi projek lebuhraya ini.

Laporan dibuat di SPRM Ipoh untuk menyiasat perkara-perkara kontroversial yang ada kena mengena dengan kemelut negeri Perak. Pada dasarnya, pemberian konsesi ini adalah dilihat sebagai habuan untuk penglibatan kedua-dua tokoh ini dalam ramapasan kuasa negeri Perak. -speakforperak

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




Kelab Greenboc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.