Rakyat
Malaysia kenal Permodalan Nasional Bhd (PNB), penjana wang yang
menjadi pemegang saham di dalam kebanyakkan syarikat dan firma
pengurusan aset, namun tidak diketahui jika ramai yang tahu akan
kewujudan syarikat berkaitan kerajaan yang seakannya iaitu, Perbadanan
Usahawan Nasional Bhd (PUNB), sebuah entiti yang diamanahkan untuk
membangunkan usahawan bumiputra dari segi potensi dalam perniagaan.
Diketuai
oleh pengerusi yang berusia lapan puluhan, Mohd Abu Bakar Mohd Noor
telah memegang jawatan itu sejak 1998, dan kini, PUNB bakal diserahkan
kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk diuruskan.
Sudah
semestinya ini merupakan jawatan yang paling memalukan bagi ketua
sayap pemuda yang juga dikenali sebagai Pemudah.Semua ketua bahagian
telah diberikan sekurang-kurangnya jawatan timbalan menteri.
Walaupun
dia merupakan graduan Oxford, tiada harapan baginya kerana dia telah
terlalu banyak menyakitkan hati ramai orang dalam UMNO dan ianya sudah
tidak boleh dimaafkan lagi.
Pengakhiran yang pelik buat KJ dan Badawi
Ahli
UMNO yang lurus mengatakan ini adalah sebagai tanda terima kasih Najib
kepada Khairy kerana tidak mendatangkan masalah kepada pentadbirannya.
Walau dari sudut mana pun anda ingin melihatnya, inilah penanda bagi
tamatnya kerjaya politik Khairy dalam UMNO kerana ternyata dia bukanlah
termasuk dalam senarai ‘calon boleh menang’ Najib.
Khairy masih
boleh menolak tawaran jawatan PUNB, yang mengikut kata orang dalaman,
adalah tawaran terakhir dari Najib- tidak akan ada lagi tawaran selepas
ini.Ini pilihan terakhir buat Khairy.Tidak ada gunanya Najib
memberikan dia mahupun bapa mertuanya kerusi kerana takut akan menjadi
risiko besar buat Najib. Mereka mempunyai bahagian-bahagian
masing-masing yang perlu dijaga.
Inilah sebabnya kem Badawi
dikatakan menekan Najib untuk memberi Badawi kawasan Kepala Batas untuk
diwakili dan mengekalkan Nor Mohamed Yakcop di Tasik Gelugor.
Tapi,
Nor Mohd sudah banyak terlibat dengan dakwaan korupsi yang dengan
serta merta tidak memungkinkan spekulasi bahawa kem Badawi cuba memberi
tekanan kepada Najib. Jika Nor Mohamad, menteri ekonomi dan bekas
ketua perdagangan yang telah kehilangan berbilion ringgit di dalam
dagangan wang asing tambahan pula pembatu politiknya yang ditangkap
bersama 2 juta dalam bentuk tunai, masih boleh diterima sebagai
‘calon boleh menang’, Najib akan dikutuk hebat oleh panglima Umno yang
lain kerana mencalonkan semula orang yang tidak berguna dan bukan
mereka.
Bagi si kaki tidur Badawi, jika dia belum tersedar lagi
dari lenanya, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dia tidak
kisah sama ada berada dalam arena politik atau tidak. Bagi kebanyakkan
orang Malaysia, dia telah ada peluang untuk mengubah Malaysia menjadi
lebih baik tetapi tidak melakukannya kerana dia tunduk pada tekanan
untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Najib.
Khairy
dalam percubaan untuk menyelamatkan maruahnya, tidak mahu dilabel
sebagai orang yang dibuang seperti yang lain. Dia mungkin juga akan
mengisytiharkan dirinya sanggup berkorban demi UMNO dan orang Melayu
kerana tanpa mahukan akan apa-apa sebagai pulangan. Sudah semestinya
menjadi pengerusi dengan gaji yang akan diterima itu bagaikan kacang
sahaja bagi Khairy. Lelaki 30-an yang bercita-cita tinggi ini mahukan
sesuatu yang lebih lagi- seperti jawatan menteri penuh dalam kabinet
UMNO-BN. Itu pun jika UMNO-BN menang.
Tiada kuasa
Adakah
Khairy akan berjuang untuk mendapatkannya? Dia dilaporkan sebagai
mampu untuk merebut jawatan itu namun, dia sudah banyak menyinggung
perasaan mereka yang berada di dalam UMNO dan ini tidak mungkin dapat
membantunya. Pencabar Khairy seperti bekas Perdana Menteri, Mahathir
Mohamad, dengan mudah boleh menggandakan apa yang dia mampu tawarkan.
Ia
nampak seperti Khairy dengan egonya serta wang berjuta-juta
terperangkap begitu sahaja tanpa ada jalan keluar. Cara terbaik ataupun
alternatif lain baginya adalah untuk meninggalkan Umno dan menyertai
pakatan pembangkang. Malangnya, walaupun dia seorang yang masih
bertenaga dan mempunyai rupa yang tidak kurang elok juga, dia masih
begitu pengecut untuk meninggalkan Umno.
Sama ada Khairy akan
menerima jawatan PUNB, yang sebenarnya adalah tamparan hebat baginya,
dan juga bapa mertuanya, berkemungkinan besar, dia akan terus bersama
UMNO, menjadi kurang menonjol dan mengikut sahaja arahan.
Khairy
tidak mampu untuk bergabung dengan Kumpulan Amanah pimpinan Tengku
Razaleigh untuk portfolio politik kerana, nampaknya Khairy tidak akan
mampu untuk mempertahankan jawatan ketua pemudanya dalam pemilihan yang
dijangka akan diadakan pada penghujung tahun ini. Lagipun, kenapa
sayap Pemuda perlu dipimpin oleh ketua yang tidak hebat dan tidak pula
disukai ramai. Dalam erti kata lain, kurang pengaruh?
Tawaran PUNB sebenarnya tamparan hebat
Akhir
sekali, lihatlah PUNB. Untuk mengaburi mata, PUNB masih mempunyai
RM400 juta pada dalam simpanannya, peruntukan yang agak banyak bagi
sebuah syarikat. Selain daripada pengerusi, terdapat juga naib presiden
dan pengarahnya Salleh Sulong, bekas bos Proton, Mohamed Haniffah bin
SM Mydin, Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin dan Dr Rafiah Salim, bekas
Naib Canselor Universiti Malaya yang tidak banyak menyumbangkepada UM.
Bayangkan,
UMNO mengamanahkan RM400 juta kepada kumpulan yang kurang meyakinkan.
Jika menolak, rugilah Khairy. Dan jika laporan berita tentang Khairy
menerima kerusi PUNB adalah benar, 'hidangan utamanya pasti akan
mengubah cara pengurusan dana PUNB setakat ini.
Jadi, apakah
status RM400 juta itu sekarang? Berapa banyak yang masih tinggal dan
tidakkah PUNB memerlukan bailout dari yang lain? Pada hakikatnya, PUNB
adalah salah satu daripada institusi yang bersenjatakan dana besar yang
ditubuhkan oleh UMNO untuk membantu orang Melayu, namun orang Melayu
masih tinggal dalam keadaan yang belum boleh dibanggakan.
Sebenarnya, UMNO tidak berminat untuk memperbaiki kehidupan orang Melayu kerana UMNO mahu orang Melayu sentiasa
bergantung kepada mereka, tetapi apa pula cerita RM400 juta itu?
Sudah
pasti jika PUNB begitu berjaya, ia akan dijadikan contoh klasik
kejayaan UMNO. Pemimpin UMNO dan panglima mereka semua akan berjuang
untuk mendapat nama bagi penubuhan PUNB. Tetapi tidak nampak pula
begitu.
Ia akan ditinggalkan kepada mereka yang kurang disukai
seperti Khairy, untuk dijadikan mangsa jika apa-apa berlaku di PUNB.
Dan Khairy perlu ingat dia tidak akan mendapat manfaat daripada
pelantikannya di sana kerana ada kemungkinan sebahagian besar daripada
dana yang ada telah digunakan.
Tugasan utamanya mungkin ialah sebagai
ketua pemungut hutang! Ya, masalah dan tugas utama di PUNB adalah
bagaimana untuk memastikan bahawa ia mendapat balik pinjaman yang telah
diberikan kepada peminjam "berisiko tinggi" dalam perniagaan, termasuk
pinjaman pelajar.
Ketua pemungut hutang! Sesungguhnya ini cukup
jauh dari impian Khairy yang mahu menjadi PM sebelum mencapai usia 40
tahun. Walau bagaimanapun, seperti kata pemerhati bola sepak, bola itu
bulat dan apa pun boleh berlaku. Jadi untuk KJ yang gila bola,
sekurang-kurangnya ini akan memberi anda sedikit harapan walaupun kecil
tapi cukuplah buat masa sekarang.
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.