Followers

Saturday, March 3, 2012

Akhirnya Rakyat ‘Disembelih’ Kan..... Oleh ZULKIFLI YAHAYA



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhm88oNZlHPnMqaM-r5pBJ-9s-olYuRtZOAgLTUwU7tLoTD3TlFBm6sXaVN__q5PZuJSfdnSR9zOqrix2eCz7iaQOM4eIZw-ASCnPt4exae0eyAREh93Rg-30wdo3SqLwF0t9RvlJJyCp8/s1600/peristiwa+memali.jpg Di pihak BN, kerajaan yang memerintah pernah berperangai sama buruk macam pengganas komunis apabila melancarkan serangan yang lebih dikenali sebagai pembunuhan beramai-ramai di Memali. Seramai 14 orang penduduk kampung yang tidak bersalah terbunuh dalam tragedi yang berlaku pada 19 November 1985.
 
DATO' Seri Anwar Ibrahim dipropagandakan oleh mediamedia BN sebagai penyokong entiti haram Israel. Tuduhan itu dibuat ekoran kenyataan beliau, “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin.” 

Menurut Anwar, pendiriannya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin yang berkata sekiranya Israel menyerahkan kembali bumi Palestin yang ditawan pada dan selepas 1967 maka mereka Kenyataan Anwar tertakluk kepada syarat tertentu. Ia cuma sebuah andaian yang agak mustahil untuk menjadi kenyataan.
 
Kata-katanya hanya berlegar di lidah dan tertinta di atas kertas. Tiada sebutir peluru yang dihantar oleh Anwar ke Israel bagi melindungi keselamatan negara Israel. Namun, isu andaian ini dicanangkan bagai betul-betul sudah terjadi. Anwar dikecam oleh para pemimpin BN dan media propaganda mereka seolah-olah dia bertemu Perdana Menteri Israel untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada negara haram itu.
 
Sebaliknya, realiti yang berlaku ialah kerajaan BN telah menyalurkan duit rakyat kepada APCO Worldwide sebuah syarikat Yahudi sebanyak RM77 juta untuk memulih imej. Kerajaan BN juga membenarkan kapal dagangan Israel keluar masuk ke negara ini seolah-olah kedua-dua negara mempunyai Akhirnya rakyat ‘disembelih’... hubungan diplomatik yang sah.
 
Pada zaman Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, sewaktu Malaysia menduduki kerusi tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, Malaysia tunduk kepada desakan Israel untuk menyokong Resolusi 678 yang membenarkan Iraq diganyang menggunakan kuasa tentera.
 
Pembunuhan di Memali bukti kekejaman Umno Apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menganggap Mat Indera dalam Peristiwa Bukit Kepong sebagai pejuang kerana menentang penjajah British dan bukan komunis, beliau telah diserang bertubi-tubi oleh Umno serta semua media talibarutnya selama berminggu-minggu.
 
Beratus-ratus laporan polis dan berpuluh-puluh perhimpunan haram diadakan di seluruh negara bagi membantah kenyataan Mat Sabu.
 
Kenyataan beliau hanyalah ulasan terhadap sebuah peristiwa sejarah. Betul atau salah ucapannya tidak boleh mengubah apa-apa mengenai peristiwa yang telah berlaku.
 
Boleh jadi kenyataannya berasaskan kajian atau mungkin juga cuma andaian tetapi Mat Sabu tidak mendorong apa-apa ke arah keganasan atau kematian jiwa raga manusia. Malangnya beliau menerima nasib buruk apabila diheret ke mahkamah dalam sebuah perbicaraan politik.
 
Di pihak BN, kerajaan yang memerintah pernah berperangai sama buruk macam pengganas komunis apabila melancarkan serangan yang lebih dikenali sebagai pembunuhan beramairamai di Memali. Seramai 14 orang penduduk kampung yang tidak bersalah terbunuh dalam tragedi yang berlaku pada 19 November 1985.
 
Ia bukan sekadar susunan kata-kata perihal sebuah kekejaman atau andaian mahupun 'cobaan' macam filem P Ramlee tetapi benar-benar sebuah kenyataan. Ada yang hilang nyawa, ada yang cedera, ada yang didera dalam tahanan, ada yang dikenakan ISA dan pelbagai kezaliman lagi. Tidak pula media yang ada di Malaysia bertali-arus memperihalkan sebuah kezaliman, melainkan menambah derita mangsa kezaliman dengan pelbagai fitnah yang ditaburkan.
 
Mat Sabu hanya menyebut Mat Indera seorang pejuang dan tidak pula menyebut beliau seorang komunis. Namun, Umno dan media talibarut mereka mengandaikan sendiri bahawa Mat Sabu menyokong komunis.
 
Mat Sabu seorang pejuang Islam yang menyertai parti Islam, lantas tidak akan bersekongkol dengan fahaman komunis mahupun nasionalis yang sesat barat itu.
 
Di pihak BN, parti Umno telah menjalinkan kerjasama dengan Parti Komunis China pada Ogos 2010 dengan menandatangani satu perjanjian persefahaman.
 
Parti komunis itu belum pernah membuang ideologi jahat mereka dan masih melakukan kekejaman terhadap umat Islam Uighur di wilayah Xinjiang.
 
Dalam siri kekejaman pada tahun 2009, sekurang-kurangnya 156 terbunuh dan beribu-ribu orang tercedera. Kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan tidaklah dipertikaikan tetapi kerjasama antara dua parti (Umno dan parti komunis) menunjukkan bahawa Umno merestui kekejaman komunis.
 
Perkara ini juga benar-benar berlaku dan bukannya sebuah andaian semata-mata.
 
Nampaknya Umno sangat prihatin terhadap isu yang bersifat andaian atau lontaran kata-kata semata-mata yang dikeluarkan oleh pihak Pakatan Rakyat tetapi buat-buat pekak badak terhadap isu 'real' atau benar-benar berlaku yang melibatkan aspek kejahatan pihak mereka.
 
Hanya andaian Trend itu diteruskan oleh media-media propaganda mereka menjelang PRU13 ini.
 
Kononnya jika Pakatan Rakyat mendapat mandat maka DAP yang akan berkuasa. DAP akan pinda perlembagaan Perkara 153 untuk membuang kedudukan agama Islam, hak istimewa Melayu dan Raja-raja Melayu.
 
Bagaimana DAP yang hanya bertanding 47 kerusi boleh meminda perlembagaan, yang memerlukan 148 daripada 222 kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga? Ia adalah perkara yang tidak logik untuk berlaku, tetapi oleh kerana Umno bijak memanipulasi isu 'andaian' maka sebahagian rakyat yang dungu akan menelan bulat-bulat.
 
Andaian berikutnya ialah jika DAP berkuasa bersama Pakatan Rakyat maka orang Melayu akan 'ditelan' oleh orang Cina di bidang ekonomi. Andaian lagi... Eh, 54 tahun merdeka, sewaktu DAP belum berada dalam kerajaan, apakah orang Melayu sedang menguasai ekonomi sekarang? Bukan setakat ekonomi Melayu ditelan oleh pihak lain tetapi juga hampir separuh Tanah Simpanan Melayu telah hilang kerana 'disedekahkan' oleh Umno dengan murah hati kepada pihak lain.
 
Melayu menjadi 'kucing kurap' di bidang ekonomi berbanding kaum Cina adalah realiti sedangkan DAP akan sekat ekonomi Melayu jika berkuasa hanya andaian. Umno mengkaburkan realiti sebaliknya menakutkan rakyat dengan andaian.
 
Banyak lagi isu andaian yang sedang dicanangkan oleh BN menjelang pilihan raya. Antaranya jika Pakatan Rakyat menang Malaysia akan jadi boneka Amerika Syarikat, Melayu akan hilang kuasa, seks bebas akan dihalalkan, negara akan bankrap, PAS akan dipinggirkan dan macam-macam lagi. Bagi Umno orang Melayu yang sudah dicandukan dengan lambakan cerita hantu akan mudah dibuai cerita-cerita andaian yang tidak berpijak di bumi nyata.
 
Zaman sebelum kejatuhan Baghdad di tangan tentera Mongol, sebahagian ulama berbahas mengenai kaedah feqah; jika sekiranya seekor binatang berbadan kambing dan berkepala anjing halalkah dimakan?
 
Tidak pernah wujud binatang seumpama itu dalam masyarakat tetapi sebahagian ulama tadi telah berbahas isu 'andaian' sehingga mencetuskan polemik besar ketika itu. Jawapannya, ialah sebelum binatang andaian itu disembelih, umat Islam Baghdad terlebih dahulu disembelih oleh tentera Mongol. 
 
 
sumber: Pencacai SeMalaysia
 
Nota: 
Ayuh anak muda,kita bangun melawan dari anasir untuk terus 
memperbodohkan rakyat malaysia..!!

2 comments:

  1. Salam sahabat blogger,
    just nak mohon jasa baik tuan linkkan blog saya kerana blog saya sudah bertukar link dari bagindareformasi kepada erapasca
    link baru [www.erapasca.com]
    mohon update yer..
    terima kasih kita teruskan perjuangan PAS ganti UMNO!!

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan dari saya, saya akan lakukan sekarang juga...di harap blog saya juga dapat Baginda link kan kedalam Erapasca..

    Wassalam...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.