Julia Perez atau Jupe berkata, dia kini berserah setelah rancangan untuk bernikah dengan Gaston Castano menemui jalan buntu.
“Saya rela mama menjodohkan saya dengan seorang ustaz. Kami akan bertemu hari ini,” katanya ketika ditemui di Studio ANTV, Rasuna Epicentrum di Jakarta Selatan, semalam.
Katanya, dia hanya menurut kemahuan ibunya dan berharap ia keputusan terbaik. Katanya, dia kini menurut kerana tidak mahu terus kecewa.
Julia yakin pilihan ibunya adalah yang terbaik. Apabila ditanya bilakah dan di manakah pertemuan dengan ustaz itu akan dilakukan, Julia mengaku dia masih tidak mengetahui tarikh sebenar.
“Rancangan untuk bertemu di mana belum diketahui tetapi ia akan dibuat hari ini,” katanya. - Detikho
Posted by canang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.