Followers

Sunday, March 25, 2012

Jom Keluar Umno Dan Sokong Perjuangan Pakatan Rakyat

 

Timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharom telah mengarahkan Ramli untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh yang didakwa terbabit dengan wang haram.

Siasatan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff Ramli dan orang-orangnya mendapati bahawa Ketua Polis Negara ketika itu, Musa Hasan bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu.
Abdul Gani pula didakwa mempergunakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.
Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumpah mereka untuk memalitkan pasukan Ramli yang menyiasat kes tersebut..

Berikutan itu, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh.

Ramli dan kumpulannya yang ikut arahan Johari akhirnya didakwa atas kesalahan salah laku atau seperti baru-baru ini, memalsukan maklumat.

Ramli dan pasukan polisnya terpaksa menghabiskan banyak masa untuk membersihkan nama mereka.

Kini mereka mahukan supaya satu tribunal ditubuhkan untuk menyiasat salah laku Musa dan Gani Patail berhubung perkara tersebut.

Malangnya, PM Najib Razak tidak mahu menubuhkan tribunal untuk menyiasat peguam negara Musa Hasan yang didakwa memerangkap Ramli kerana ia merupakan dakwaan yang perlu disahkan.

Sementara itu, bekas Timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharom, kini merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hanya mendiamkan diri dan menikus sahaja.

Kenapa beliau tidak berani menyuarakan sesuatu berhubung perkara ini waima perkara ini terjadi atas gara-gara arahannya kepada Ramli untuk melakukan siasatan tersebut.


Beginilah nasib Ramli dan pasukannya yang ikut arahan bos , tapi akhirnya bila didakwa atas kesalahan salah laku, boss yang mengarahkan mereka itu diam macam tikus.

Perkara yang seumpamanya juga telah berlaku keatas bekas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar (kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas, UTK) yang didapati bersalah kerana membunuh Altantuya.

Semua orang yang waras tahu bahawa Sirul dan Azhar bunuh Altantuya kerana diarahkan oleh seseorang yang berkepentingan.Korang ingat siapa kalau bukan bos mereka yang arahkan! Tidak mungkin budak pejabat yang akan arahkan mereka!

Beginilah sikap kebanyakan mereka didalam Umno/BN – hanya mementingkan kedudukan masing-masing dalam parti.Walaupun jelas ada kemungkaran, mereka tetap akan sama-sama terus menyokongnya.

Sikap asobiyah inilah yang mendorong orang-orang Umno menyokong pemimpin mereka walaupun sedar pemimpin mereka melakukan kezaliman.

Maka ingatlah pesan Allah yang maksudnya, ”Jangan kamu cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman , kelak kamu pasti disambar api neraka” ( Al-Hud: 113).

Selamatkanlah diri kita- jom keluar dari Umno dan sokong perjuangan Pakatan Rakyat agar kezaliman Umno/BN selama ini dapat kita benteras bersama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.