KEPALA
BATAS- Umno disifatkan masih bermain dengan politik kuno apabila
sedaya upaya cuba menghalang ceramah Pakatan Rakyat khususnya di
kawasan yang didakwa 'kubu kuat' mereka.
Di Kampung Rambai di sini, Umno Cawangan Permatang Rambai didakwa cuba
menghalang majlis penerangan Pakatan Rakyat semalam dengan membuat
laporan polis dan mengutip tanda tangan penduduk kampung.
Ekoran itu, majlis itu kemudiannya dipindahkan ke lokasi lain atas arahan pihak polis.
Pada ceramah pertama Pakatan Rakyat di kampung itu 5 Mac lalu, mereka
didakwa mengganggu ceramah dengan membuat bising dan melaungkan
kata-kata kesat ketika pemimpin sedang berucap.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Bertam, Asrol Sani Abdul Razak
berkata, sikap Umno itu memperlihatkan mereka masih dibelenggu
kerisauan ekoran sokongan yang mendadak terutamanya golongan muda
terhadap ceramah PAS, DAP dan PKR.
"Apa yang mereka buat itu tidak langsung mengambarkan mereka berada di
negara demokrasi sebaliknya berada di sebuah negara yang kuno, "
tegasnya.
Selain itu katanya, tindakan itu juga tidak mengambarkan apa yang
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hasratkan iaitu mahu
melaksanakan tranformasi politik negara ini yang memberikan kebebasan
kepada parti politik menerangkan dasar-dasar parti kepada rakyat secara
terbuka.
Namun sambung Asrol. perbuatan Umno cawangan tersebut akhirnya memakan
diri sendiri apabila ramai penduduk kampung tersebut keluar juga
mendengar ceramah di kampung Baru yang terletak berhampiran.
"Sebenarnya ada hikmah disebalik halangan itu. Sebelum ini ketika
aktivis mahasiswa Adam Ali, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat,
Aiman Athirah dan Timbalan Ketua AMK Kedah, Saudara Khairul Nizam
diganggu. Ramai orang kampung sendiri tidak begitu senang, " katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.