Followers

Saturday, March 17, 2012

EDISI HANGIT: ZAHID HAMIDI GANGSTER!!! LANYAK MENANTU TAK JADI...

 
 
Aku terkejut beruk bila berita ni sampai kat telinga aku. Mak aaaaaiihh, baru aku tahu rupanya si tua sorang ni gangster. Macamana la orang macam ni boleh jadi menteri? Siap ada kes saman mahkamah lagik? 
 
Apa sudah jadi? Aku nak cerita sikit la mana yang disampaikan kat aku, selebihnya kalau ada yang lebih ganas, jangan lupa bagitau aku.. waaakakakaaaa...
Seorang ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, 40, memfailkan saman itu pada 4 Julai 2007, mendakwa bahawa beliau telah dipukul dan ditumbuk pada mukanya oleh Datuk Ahmad Zahid Hamidi pada 16 Januari, 2006. Hoi Zahid, ko kenal mamat ni?
 
Kenal sangat kan? Mamat ni adalah balak pada anak ko, Nurul Hidayah bte Ahmad Zahid.  Kisah percintaan mereka bagaikan cerita Hindustan dan Zahid Hamidi ni pulak bagaikan kepala gangster selaku bapak pada pompuan tu. 
 
Percintaan ini berlaku pada September 2005 dimana mereka berdua suka sama suka. Mamat ni sediakan sebuah rumah di Kajang, Nurul Hidayah dengan sendirinya telah pun secara rela datang tinggal di sana dengan anaknya dan juga pembantu-pembantu rumahnya. 

Lawa anaknya, tapi malang bapaknya gangster, nasib ko la Amir...
Pada 16 Januari 2006,  lebih kurang 10 malam, apabila Amir Bazli Abdullah sedang mengisi petrol ke dalam keretanya di Stesen Petrol sebelah UNITEN, Bangi, gangster gangster upahan Zahid Hamidi telah mengugut dan membawanya dengan paksaan ke sebuah kelab rekreasi di kawasan kediaman Country Heights, Kajang. Apabila sampai je Amir Bazli Abdullah telah melihat Zahid Hamidi bersama suami anaknya, Hisham dan seorang anaknya yang dikenali sebagai KK di sana. 
 
Bersama-sama mereka juga terdapat beberapa orang yang merupakan gangster gangster upahan Zahid Hamidi. Zahid Hamidi telah menumbuk dengan kuat di mukanya menyebabkan tulang hidungnya patah tanpa berikan apa apa signal, terus je bagi sebijik. Akibat daripada tumbukan sulung daripada Zahid Hamidi, mata kiri Amir Bazli Abdullah telah menjadi bengkak sehingga beliau tidak lagi dapat membuka mata kirinya. 
 
Setelah menerima tumbukan pertama,  gangster gangster upahan bersama Zahid Hamidi memulakan acara memukul secara bergilir gilir sampai lunyai beb.. 
 
Yang lagi best, Zahid Hamidi telah mengugut untuk membunuh Amir Bazli Abdullah berulang kali dengan mengatakan “kau akan ditanam” .  Seorang dari gangster upahan yg bernama Hisham juga telah mengugut untuk membunuh apabila berkata “aku dah ingatkan kau, aku sanggup mandi darah dengan kau”
 
Selepas puas membelasah mamat tu, Zahid Hamidi dan balaci balacinya telah mengurung Amir Bazli Abdullah di kediaman Zahid Hamidi yang terletak beralamat di 389, Jalan Bayu Nyaman, Country Height, 43000 Kajang, Selangor sehingga jam 2 pagi hari berikutannya iaitu 17.1.2006. 


Perbuatan jenayah Zahid Hamidi ini telah memberi kesan seumur hidup terhadap Amir Basli Abdullah. Beliau bukan sahaja mengalami kecacatan fizikal tetapi telah mengalami trauma akibat insiden tersebut. Zahid Hamidi sepatutnya bertanggungjawab dan sepatutnya dibawa ke muka pengadilan. 
 
Kita kita mahu ada “double standard” dalam sistem perundangan ini dan kita mahu orang seperti Amir Bazli Abdullah ini mendapat pembelaan yang sewajarnya. Aku diberitahu hingga kini pihak Polis buat bodo je, tiada apa apa tindakan yang diambil terhadap orang tua ni.. Kebal betul laaaaa...



Menteri Pukul Orang xpe, bawak ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, hakim mengarahkan menteri untuk membayar RM5000. 
Hanya bayar RM5000 gantirugi pukul orang separuh mati! Hati hati bila ingin mencuri hati anak menteri, pastikan curi sekali hartanya!!
Waaaakakakkaaaa!!!
 
sumber: Era Pasca Group

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.