Di
sebalik kekerapan Najib dan Muhyiddin turun ke negeri-negeri bertemu
dengan rakyat dan dalam masa yang sama memberi isyarat bahawa tarikh
pilihanraya umum semakin hampir, hakikat yang berlaku dalam UMNO
sebenarnya adalah amat memalukan. UMNO seolah-olah tidak bersedia untuk
menghadapi pilihanraya walaupun menyedari PRU 13 ini adalah "ibu" kepada
segala piliharaya. Pilihanraya yang akan menentukan sama ada UMNO dan
BN terus hidup atau kehilangan kuasanya
Masih
banyak bahagian-bahagian UMNO yang didapati belum lagi menubuhkan
jentera pilihanraya di peringkat bahagian masing-masing. Mereka masih
bersikap tunggu dan lihat dulu. Masing-masing mahu menunggu tarikh
pilihanraya diumumkan oleh Perdana Menteri dan siapa yang dipilih
sebagai calon dahulu.
Terdapat
ketua bahagian yang enggan menubuhkan sebarang jawatankuasa atau
jentera untuk piliharaya kerana tidak tahu kedudukan mereka sama ada
dipilih sebagai calon ataupun tidak. Bagi yang berkeyakinan akan menjadi
calon, memang ada yang sudah menubuhkan jentera pilihanraya malahan
sudah mengadakan latihan, kursus dan persiapan yang secukupnya. Tapi
jumlah kelompok ini tidak ramai.
Kelompok
yang tidak pasti dan masih melobi untuk menjadi calon pilihanraya,
kebanyakan mereka langsung tidak berbuat apa-apa untuk menghadapi
pilihanraya umum akan datang ini. Mereka beranggapan adalah membuang
masa jika mereka menubuhkan jentera piliharaya sekarang dan membuat
persiapan secukupnya sedangkan nanti orang lain yang dipilih oleh pucuk
pimpinan sebagai calon pilihanraya. Bagi golongan ini, biarlah sesiapa
yang dipilih sebagai calon nanti menubuhkan jentera piliharaya mereka.
Bagi
yang sudah putus harapan dan merasakan tidak berpeluang lagi dipilih
sebagai calon pula, mereka langsung tidak berbuat apa-apa. Urusan parti
hanya dilaksanakan secara ala kadar saja, selebihnya mereka menumpukan
kepada bidang perniagaan saja. Persiapan atau penubuhan jentera
pilihanraya hanya akan diputuskan setelah calon diketahui dan sama ada
mereka dipilih sebagai pengarah pilihanraya atau pun tidak.
Bagi
yang rapat dan ada hubungan dengan Najib serta pemimpin negeri dan
berkeyakinan pula akan dipilih sebagai calon sahaja yang didapati sudah
menubuhkan jentera piliharaya dan membuat persiapan secukupnya. Mereka
ini sama ada sudah mempunyai kedudukan dalam lingkungan kuasa Najib atau
sudah memperolehi banyak kontrak perniagaan. Penubuhan jentera dan
persiapan pilihanraya adalah untuk membalas budi yang diperolehi.
Dalam
pada itu, UMNO pusat dan negeri didapati masih belum memberi arahan
secara khusus kepada bahagian-bahagian untuk membuat persiapan ke arah
menghadapi pilihanraya.
Seorang
ketua bahagian UMNO mengakui keadaan itu dan secara jujur berkata,
beliau tidak mahu mendahului masa dengan menubuhkan jentera piliharaya
dan hanya akan bertindak membuat persiapan pilihanraya apabila Parlimen
sudah dibubarkan dan calon-calon sudah diketahui.
Katanya,
sekarang adalah zaman duit ringgit dan biarlah sesiapa yag dipilih
sebagai calon mengeluarkan perbelanjaan untuk persiapan piliharaya.
Seorang
bekas menteri pula mengakui bahawa sehingga ini tidak ada arahan khusus
daripada UMNO Pusat dan Negeri kepada UMNO untuk menubuhkan jentera
pilihanraya di bahagian masing-masing.
Tambah
beliau, lazimnya apabila menjelang piliharaya mereka akan menerima
surat atau arahan daripada UMNO Pusat yang meminta membuat persiapan
untuk pilihanraya, menubuhkan jawatankuasa pilihanraya serta peti undi
dan menilai calon-calon untuk ditonjolkan.
Oleh
kerana tidak ada arahan tersebut dan mengakui banyak bahagian-bahagian
yang masih belum menubuhkan jentera pilihanraya di bahagian
masing-masing, bekas menteri itu mengakui bahawa jika Najib membubarkan
Parlimen dalam masa terdekat ini, ia pasti menimbulkan masalah besar
kepada UMNO dan BN.
Dalam
masa yang sama diakui juga bahawa sikap kebanyakan pemimpin UMNO tidak
lagi seperti dahulu yang sanggup berkorban masa, wang ringgit dan tenaga
demi kepentingan parti. Sekarang ini semua pemimpin lebih mengutamakan
diri sendiri dan memikirkan apa yang mereka akan perolehi sebelum
berbuat sesuatu. Tidak ada lagi istilah pengorbanan. Semuanya mesti
diberi ganjaran sama ada wang atau jawatan.
Amatlah
malang bagi Najib, dalam masa beliau sibuk turun ke negeri-negeri
berkempen, bertemu rakyat dan menghulurkan pelbagai jenis bantuan serta
"gula-gula", kebanyakan UMNO bahagian masih belum mempunyai persiapan
secukupnya untuk menghadapi pilihanraya akan datang ini. Gendang
piliharaya hanya riuh di peringkat atasan saja sedangkan tidak berlaku
apa-apa di peringkat bawahan.
Dan
jika jentera pilihanraya hanya ditubuhkan setelah Parlimen dibubarkan
atau setelah calon pilihanraya dikenalpasti, UMNO dan BN pasti akan
menghadapi laluan sukar kali ini. Sudahlah Najib berhadapan dengan
pelbagai isu dan skandal di pelbagai peringkat yang menjejaskan
keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN, dalam masa yang sama Najib juga
bagai "dikencing" oleh para pemimpin UMNO sendiri.
Ramai
di antara mereka yang hanya memberi harapan palsu kepada pucuk pimpinan
dengan harapan diri mereka akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya
akan datang. Jika dipilih, baru mereka akan bekerja keras tetapi jika
sebaliknya, mereka akan berdiam diri dan mungkin melakukan sabotaj
kepada UMNO pula.
Terdapat
wakil rakyat yang terang-terangan mengakui bahawa jika tidak dipilih
semula oleh Najib untuk bertanding, beliau akan berehat terus daripada
politik dan hanya menumpukan kepada perniagaan sahaja.
Selain
itu, ada juga pemimpin yang bercita-cita menjadi calon piliharaya
tetapi dalam masa yang sama tidak mahu menjaln hubungan baik dengan
parti-parti komponen sehingga mengakibatkan adanya komponen BN yang
memulaukan mesyuarat dan aktiviti yang dianjurkan oleh pemimpin
tersebut.
Dalam
keadaan di mana ramai pemimpin peringkat bahagian yang hanya pandai
"menyanyi" kepada Najib serta memberi harapan palsu tetapi belum
menubuhkan jentera pilihanraya masing-masing dalam keghairahan Najib
mahu mempertahankan kuasa, sedar atau tidak, mereka sebenarnya sedang
"mengencing" kedudukan Najib.
Sudahlah
dalam masa yang sama, Najib terbeban dengan pelbagai isu dan skandal
yang terus menghakis keyakinan rakyat, tindakan pemimpin UMNO yang
terang-terang "mengencing" Najib itu menjadikan harapan UMNO dan BN
untuk mempertahankan kuasa dalam PRU 13 ini menjadi semakin sukar.
http://shahbudindotcom.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.