Followers

Friday, February 17, 2012

Panas! Skandal Bakal Adun Negeri Perak Yang Memalukan !!

 
Ingatkah lagi pembongkaran kisah ‘perhubungan terlarang’ yang telah dilakukan oleh Azman Noh pada bahagian ke 4 tidak berapa lama dahulu? Kisah yang akan di bongkar kali ini semakin menarik dan bertambah panas.

Kali ini kami akan bongkarkan maklumat lengkap siapakah pasangan wanita kekasih terlarang Azman Noh ini. Nama beliau ialah HALINATUL SHIMA BT AHMAD SHAIBU. Beliau merupakan seorang guru yang mengajar di Ulu Kinta. 
 
Beliau juga merupakan AJK Wanita Tambun. Menurut sumber dalaman, beliau jugalah yang tidak menginap di bilik hotel yang telah disediakan semasa Perhimpunan Agong UMNO dan dikatakan bersama dengan Azman Noh.


Kesian suami wanita ini kerana begitu mempercayai isterinya. Dikatakan wanita ini lebih selesa dengan Azman Noh kerana ‘ekonominya agak ok’ kalau di bandingkan dengan suaminya. Walaupun Azman bukanlah begitu kaya, tapi di sebabkan dah ‘syok’, maka wanita ini sapu aja lah…

Satu lagi kisah yang tidak habis-habis di bincangkan di kedai-kedai kopi ialah berkenaan dengan Cikgu Azizi. Dengan berbekalkan keputusan SPM gred 3 sahaja, beliau telah berjaya mendapat bantuan khemah untuk kenduri dari Dato’ Manaf (Ketua Bahagian) sebanyak 50 unit sedangkan orang lain hanya dapat 1-2 unit sahaja. 
 
Apakah keistimewaan Cikgu Azizi ini di sisi Ketua Bahagian hinggakan peruntukan pertanian ternakan ayam, lembu dan kambing juga telah diperolehi oleh beliau? Sekali lagi pihak kami meminta supaya Pengarah Jabatan Pelajaran Perak menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Cikgu Azizi kerana menjalankan perniagaan semasa menjawat sebagai kakitangan kerajaan.

Dato’ Manaf benar-benar telah menyalahgunakan peruntukan Mayang. Sepatutnya, untuk menjadi lebih telus, Dato’ Manaf sepatutnya menubuhkan satu jawatankuasa kewangan untuk menguruskan peruntukan ini. 
 
Memandangkan tiada jawatankuasa ini, Saperi (S/U Bahagian), Cikgu Azizi (AJK Bahagian) dan beberapa yang lain telah berkuasa mengawal peruntukan ini. Yang menarik juga, Dato’ Hamdi Abu Bakar juga sebagai ADUN tidak mendapat peruntukan ini. Agaknya, Dato’ Hamdi terlalu sibuk dengan urusan judi dan juga sibuk meratah setiausahanya sehingga tiada masa nak tengok peruntukan ini. 
 
Dato’ Hamdi ini memang telah di perbodohkan dan lansung tiada kuasa. Perkara yang sama juga telah berlaku kepada Dato Azhar. Dia terlalu setia kepada Dato’ Hamdi, hingga menjadi seperti lembu yang di tarik hidung. Agaknya dah terlalu makan budi sangat kot.

Salah satu penyalahgunaan peruntukan ini ialah ‘Projek Cermin Mata’ yang di khususkan untuk mereka yang susah. Menurut sumber-sumber terdekat, bil untuk projek ini sudah mencecah RM600 ribu. Kalau ikutkan, kos satu cermin mata hanya sekitar RM100 – RM120, tetapi telah di ‘claim’ sampai RM300 – RM350 seunit. Ini semua telah diuruskan oleh Saperi (S/U Bahagian). Mereka ini menggunakan duit ini seperti harta benda mereka sendiri.

Di samping itu, peruntukan ini sepatutnya di gunakan untuk membuat rumah kepada mereka yang susah. Dikatakan, mereka telah membuat rumah beberapa unit tapi ‘claim’ gila-gila sehingga dah terlebih ‘budget’. Dato’ Manaf kini telah ‘panic’ dan meminta bantuan pula kepada PM. Apa yang dia bohong pada PM tak tahulah…

Pihak kami benar-benar meminta SPRM untuk menyiasat semua penyalahgunaan kuasa seperti yang di atas kerana mereka ini telah banyak menyeleweng wang yang diperuntukkan khas untuk rakyat.

Baguslah mereka semua berebut untuk menjadi calon BN pada PRU 13 nanti dan dengan apa yang sedang berlaku ini, pasti Pakatan Rakyat yang akan menguasai kawasan ini. Selamat Berjuang!!!!!
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.