Sambil
melahirkan rasa kecewa, beliau berkata terdapat pemimpin di negara ini
yang tidak berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri mereka.
“Sekiranya ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia hendak memimpin negara
dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu juga anak-anak mereka
perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi imej kepada pemimpin
berkenaan.
“Manakala bagi wanita
bergelar isteri yang menerajui parti politik dan sesebuah pertubuhan,
sekiranya mereka tidak boleh menegur suami sendiri, saya rasa ia juga
memang pelik,” katanya yang dipetik Sinar Harian.
Beliau dilapor berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja berjudul 1Malaysia dan Penghayatan Islam sempena Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam.
Menurut Ridhuan Tee lagi, seseorang pemimpin perlu utamakan agenda bangsa dan negara, namun sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemimpin hidup bermewah, perkara ini menunjukkan ada tidak kena.
Ditanya sama ada menegur peribadi pemimpin dikatakan satu kesalahan, katanya, dalam Islam, ia digalakkan dan apa dilakukan pemimpin itu menjadi perbualan.
Malah,
kata Ridhuan Tee, menegur keluarga pemimpin tidak melanggar hak asasi
manusia kerana sekiranya ia dibiarkan, lama-kelamaan pemimpin itu
menjadi sasaran musuh politik dan beliau tidak mahu itu berlaku. -
Harakah
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/panas-ridhuan-tee-bidas-najib.html
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.