Followers

Tuesday, February 7, 2012

Panas: NGO "Gabungan Hentikan Lynas",

Panas: NGO "Gabungan Hentikan Lynas", Sokong Penuh Himpunan Hijau 2.0 Pada 26 Februari Ini !

KUANTAN, 7 Feb - NGO Gabungan Hentikan Lynas (SLC) menyokong sepenuhnya Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan secara besar-besaran pada 26 Febuari ini, kata pengerusinya, Andansura Rabu (foto).

Katanya, himpunan berkenaan bertujuan menggabungkan usaha semua pihak dan pertubuhan untuk memberhentikan projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP), menyemak semula projek yang mengancam keselamatan orang awam serta bercanggah dengan semangat Piagam Bumi (Earth Charter).

“Maka berdasarkan hasrat rakyat untuk memberhentikan projek LAMP dan semangat solidariti kepada mangsa serta pertubuhan lain yang memperjuangkan keadilan alam sekitar, SLC mengumumkan komitmen dan sokongan sepenuhnya kepada Himpunan Hijau 2.0,” ujar Andansura.

Menurutnya lagi, pihaknya juga akan menggerakkan 20 NGO di bawah gabungannya menyertai himpunan itu di Padang Majlis Perbandaran Kuantan berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini.

Andasura berkata, SLC mengecam sekeras-kerasnya sikap keras kepala kerajaan pimpinan UMNO BN yang bertindak meluluskan Lesen Kendalian Sementara (TOL) kepada Lynas, 1 Feb lalu. Tegasnya, isu berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF) mesti diselesaikan terlebih dahulu sebagaimana yang dibantah oleh masyarakat sebaik sahaja meneliti dokumen yang dipamerkan kerajaan.

“Malangnya, jelas bahawa kerajaan UMNO/BN dan agensi yang di amanahkan untuk jaga kedaulatan tanahair tercinta ternyata telah gagal dan mengkhianati amanah yang di berikan oleh rakyat,” ujarnya. SLC sebelum ini turut menyertai Himpunan Hijau 1.0 yang berlangsung pada tahun lalu. Program yang melibatkan lebih daripada 80 NGO, gerakan sivil dan parti politik yang disertai hampir 7,000 penyokong pada hari itu.

[Nampaknya, bantahan rakyat Kuantan terhadap isu Lynas kini sudah semakin memuncak. Bahkan, hanya majoriti penyokong upahan yang telah dibayar untuk memberi sokongan kepada kerajaan dalam mempertahankan projek ini sebenarnya.

Namun, apa yang jelas kini rakyat Kuantan secara majoritinya menolak Lynas. Tidak kira apa jua fahaman politik kepartian, agama, bangsa mereka namun kini masing-masing bersatu hati dan sebulat suara untuk menyatakan bantahan.

Dijangka, ribuan rakyat pelbagai bangsa akan datang beramai-ramai pada hari itu nanti. Padang MPK1 bakal menjadi saksi betapa memuncaknya bantahan rakyat terhadap isu yang paling kontroversi ini.

Kerajaan yang sepatutnya mendengar rintihan rakyat berdasarkan konsep "rakyat didahulukan" kini lebih berselera membela Lynas yang sudah kaya raya itu. Kini rakyat bangkit untuk menyatakan bantahan secara terbuka terhadap isu ini.

Soalnya, apakah pertembungan dengan penyokong yang dibayar akan berulang lagi?. Kini, segalanya terletak ditangan MB bagi menentukannya].


Pahang Daily Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.