Dari
ketua bahagian membawa kepada ahli parlimen, timbalan menteri dan bekas
perdana menteri semua nasihat supaya Sharizat mengangkat kain taula
putih, mengaku kalah melepas jawatan. Mereka mengira isu lembu gemuk
telah memberi penyakit besar kepada Umno dan akan menyulitkan Umno untuk
berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya nanti. Projek itu akan
menjadi lambang atau simbol kerakusan kerajaan UBN dalam menyangak wang
rakyat.
Kenapa
tidak, isu NFC itu bukan saja berlegar di Bangsar atau Lembah Pantai
tetapi sudah sampai ke kampung-kampung. Ibu saya di kampung juga tahu
kisah NFC entah siapa yang bercerita kepadanya. "Ti sungguhkah lembu la
ni duduk di kondo?" begitulah tanya ibu saya suatu hari penuh kelurusan.
"Lembu mana pula?" tanya saya.
"Lembu Sharizat menteri wanita itu...lah," katanya.
"Siapa cerita ni, jangan duk percaya benda yang karut marut, mana ada lembu duduk di kondo," balas saya menguji pengetahuannya.
"Tak
tahu orang duk cerita gitu, mek nak tanya sebab Ti dok Kuala Lumpur..,"
balasnya agak kecewa dengan bantahan saya. Ibu saya akan diam kalau
saya bersikap begitu kerana dia kenal benar dengan perangai anak
jantannya ini. Saya tidak suka kalau dia bercakap hal yang pelik dan
ganjil berbau fitnah.
Moral
of the story bahawa kisah laki Sharizat pelihara lembu dengan
peruntukan kerajaan RM250 juta sudah sampai ke kampung-kampung. Kisah
itu menyebabkan orang kampung merasakan bahawa mereka dianiaya dan
diabaikan kerana untuk 'beli lembu' mereka hanya dibagi RM500 saja, (itu
pun nak dapat kena tunggu dua tiga jam kena dengar tazkirah dari
pemimpin Umno) sedanhgkan semurah-murah lembu kampung hari ini berharga
di antara RM800 hingga RM1500.
Kerana
meluasnya cerita itulah ia membimbangkan Umno. Umno mencari jalan
menyelesaikan isu berkenan dan mencari formula agar rakyat melupainya.
Sebab itu akhabr penjilat buntut gila-gila mencari isu dan mereka-reka
apa saja isu untuk mengambuskan isu lembu gemuk. Kehadiran Hasan Akidah
dalam jerumu Umno tidak juga dapat membetulkan 'akidah' rakyat tentang
projek lembu gemuk itu malahan dia mengkelam kabutkan lagi keadaan.
Video
seks membabitkan Anwar ditayang dimana saja ada majlis pemberian wang
rakyat kepada rakyat sebanyak RM500. Guru-guru, tok imam, tukang kebun,
makcik jual kantin dan hatta tok mudin pun dipaksa menontonnya.
Terkulat-kulat dan tersengeh dan pandang memandang mereka yang menonton
sesama sendiri. Cikgu muda yang tidak pernah menyaksikan gambar porno
sepanjang hidupnya kemalu-maluan di tepi dinding... sambil diperhati
oleh ketua cawangan Umno.
Umno
buntu menghadapi Sharizat. Najib tidak berani berkokok... bila ada
desas desus mengatakan Sharizat telah hantar surat meletakkan jawatan
Najib cepat-cepat menafikan. Penafian Najib itu menunjukkan dia takut
dengan Sharizat.
Saya
tidak fikir Najib akan mengarahkan Sharizat meletak jawatan untuk
mengatasi masalah yang timbul dari isu lembu gemuk seperti mana
diharapkan oleh orang ramai. Kenapa? Sharizat pernah dilaporkan berkata,
kalau dia kena letak jawatan kerana isu yang tidak membabit dengan
beliau secara langsung itu, orang lain juga perlu berbuat demikian.
Apa
maksud dan mesejnya. Ertinya bukan Sharizat sahaja yang terbelenggu
dengan projek-projek mega tidak mengikut prosuder, memiliki kekayaan di
luar kemampuan tetapi menteri lain juga. Balasan membela diri oleh
Sharizat itu bolehlah dianggap bahawa semua menteri kabinet termasuk
ketua bahagian yang tidak menjadi wakil rakyat dan menteri ada memiliki
harta diluar kemampuan masing-masing.
Selepas
Sharizat mengeluarkan kata-kata dan cabaran demikian maka tidak ada
yang berani mendesak Sharizat. Sesetengah menteri Umno dan BN yang
memegang kayu untuk menyocok punggung lembu laki Sharizat diletakkan
semula.
Nah..
begitu juga dengan Najib. Najib juga tidak berani untuk bertindak ke
atas Sharizat. Apa yang membimbangkan ialah takut Shariat juga akan
terlatah mulut mendedahkan apa-apa yang dia tahu yang dilakukan oleh
isterinya Rosmah Mansor. Khabarnya Sharizat ada maklumat hebat mengenai
Rosmah Mansor yang belum terungkap. Maklumat dan rahsia inilah yang
digenggam oleh Sharizat.
Apakah
kerana bimbang rahsia Rosmah didedah Sharizat maka Najib jadi terpaksa
kompromi dengan Sharizat? Dari sini fahamlah kita kenapa Najib sebagai
ketua tidak boleh bertindak ke atas anak buahnya kerana dia sendiri juga
ada masalah lebih besar dari ditanggung anak buah itu.
Bagaimana
pun saya yakin nama Shariat tidak akan dicalonkan pada pilihan raya
akan datang. Namanya di Lembah Pantai sudah pasti akan diganti dengan
nama kawan Najib, Raja Nong Chik. Apa yang kita hendak tenguk selepas
ini, apakah Shariat akan bertindak balas dengan mendedahkan apa yang dia
tahu mengenai Rosmah kalau tidak dicalonkan? Apakah Sharizat seorang
pendendam? Tunggulah... tidak akan lari gunung dikejar hilang kabus
nampaklah ia.
Perkara
ini sudah tentu difikirkan oleh Najib. Najib mungkin tahu manusia kalau
sudah hilang sabar bukan saja setakat sanggup singsing lengan baju,
tunjuk labu lengan gebu selak kain pun sanggup dilakukan. Apa yang
paling Najib takutkan ialah kalau-kalau Sharizat menyelak kain isterinya
sekali hingga terdedah kesemua yang sulit mulit.
Justeru
saya mengira isu NFC melibatkan laki Sharizat akan diselesaikan secara
politik. Sharizat tidak perlu mengembalikan wang kerajaan RM250 juta
seperti Nazri sarankan, tetapi cukup untuk Sharizat meletakkan jari
dibibirnya sambnil buat sssshhhhh.... dan tunjuk kepada Najib. Najib pun
akan faham dan kes NFC akan lepas dan rakyat semua akan
tersengih-sengih macam kerang busuk. Selepas ini SPRM akan buat
pengistyharan bahawa tiada kes membabitkan rasuah dalam projek NFC.
Sebaik saja pengistyharan itu dibuat parlimen pun akan dibubarkan.
Oooiiii... Mat Maslan kenapa tong sampahkan buku Jingga?
silap tu poket najib ada dalam poket mahathir mummy shah hanya proksi
ReplyDelete