Apakah sebenarnya yang berlaku pada 1998? Hanya Mahathir sahaja yang tahu kerana beliaulah yang paling berkuasa pada waktu itu. Beliau dikatakan telah merancang hubungan dagang Israel dengan Malaysia. Rancangan beliau bermula sejak tahun 1994 lagi.
Menurut Wikipedia, Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis.
Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir
dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke
Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin
berada di tingkat 2.
Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga
berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.
Pada
26 September 1994, Menteri Luar Malaysia , Syed Hamid Albar bersalam
dan berbincang dengan rakan sejawatan dari Israel , Devid Levy di New
York. David Levy baru dilantik oleh Perdana Menteri Israel , Ehud Barak.
David Levy merupakan Yahudi kelahiran Maghribi. Mereka berbincang
berhubung perdamaian Arab/Palestin - Israel ketika sesi Perhimpunan
Agung PBB. Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar melalui surat khabar Harakah
mengecam pertemuan ini.
PAS melabelkan Israel sebagai negara pengganas. Sokongan kerajaan Malaysia kepada perjuangan Palestin adalah "empty pledge".
Menurut Wikipedia lagi, kerjasama ekonomi Malaysia-Israel bermula pada Mei
1994 , apabila Parlimen Malaysia yang diketuai oleh Umno dan Barisan
Nasional telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang
menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika
Selatan. Pada tahun
1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari
272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US tahun 1967.
Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta
dolar US kepada 1.7 juta dolar US.
Walaupun begitu, pada
7 April 1994, Malaysia mengharamkan filem Schindler's List , hasil
arahan Steven Spielberg . Filem panjang ini menceritakan nasib malang
Yahudi Jerman yang disiksa oleh tentera Nazi Jerman.
Pengharaman filem
ini dibuat adalah semata-mata bertujuan untuk mengkaburi mata rakyat
Malaysia yang telah lama ditipu oleh Kerajaan Umno-Barisan Nasional akan
hubungan Malaysia dan Israel yang telah terjalin sejak tahun 1994
lagi. Begitu juga dengan persembahan
New York Philharmonic yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur pada
1984 yang telah dibatalkan kerana komposernya ialah Ernst Bloch, seorang
Yahudi.
Setelah Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998, iaitu pada
16 Ogos 1999, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah
mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak yang baru dilantik sebagai
Perdana Menteri Israel. Bagaimanapun surat ini tidak dapat disahkan .
Pada 16 Jun 2009, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, Perancis.
Zahid
mengenakan beberapa syarat pertemuan iaitu seperti tiada pegawai
pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double
standard" kerana bimbang disalahtafsir.
Jika Israel menghulurkan tangan untuk mewujudkan keamanan, jangan pula tangan kiri melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin, Lubnan, Syria , Mesir dan lain-lain. Pertemuan itu dibangkitkan semasa Zahid berada di Beirut pada 17 Julai 2009. [11][12]
Zahid
juga telah meninjau lokasi 340 anggota [Angkatan Tentera Malaysia]]
(ATM) yang menyertai Kontinjen Malaysia (Malcon) dan berkhidmat di bawah
panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB)
memastikan keamanan berterusan di sempadan Lubnan-Israel. Menteri
Pertahanan Lubnan, Elias Al-Murr diberitakan sedia membeli peralatan
ketenteraan biasa, kenderaan tentera dan bukan berbentuk "offensive"
dari Malaysia
UMNO KANTOI LAGI... ADOYAIII...!!!
ReplyDelete