Ketua
Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan terus
mendesak Hasan supaya melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya beliau
sudah membuat keputusan muktamad tidak mahu merayu dan berhajat untuk
‘angkat kaki’ daripada menjadi ahli parti itu.
Menurutnya,
adalah lebih baik bagi bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berdiam diri
dan tutup mulut daripada memburukkan orang lain serta melabelkan
pemimpin tertentu sebagai parasit.
“Sekiranya
beliau tidak suka pada seseorang, itu haknya. Ini semua tiada kaitan
dengan Pas lagi, tetapi saya ingatkan supaya tidak meletakkan semua
kesalahan kepada orang lain sedangkan ia adalah kesalahan yang dilakukan
dirinya sendiri.
“Hasan
tidak boleh cakap orang lain parasit kerana orang berkenaan ada hati
dan perasaan. Sebab itu menasihatinya supaya tidak buka mulut,” katanya,
semalam.
Semalam
akhbar ini melaporkan keengganan Hasan membuat rayuan terhadap
keputusan pemecatannya daripada Pas yang disifatkan dilakukan secara
autokratik dan tidak demokratik.
Malah Hasan turut menggariskan sembilan sebab mendorongnya membuat keputusan penting itu.
Mengulas
tindakan Hasan yang melemparkan kesalahan ke atas Pas dan mengemukakan
sebab-sebab menolak parti itu, Tuan Ibrahim berkata, tindakan itu
langsung tidak munasabah, malah beliau masih gagal mendedahkan individu
dimaksudkan.
Menurutnya,
tindakan itu menunjukkan Hasan seorang pemimpin yang gagal dan tidak
mempunyai autoriti serta hak melakukan perubahan setelah diberikan
peranan memegang dalam jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat
Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.
“Kenapa
beliau mahu menyalahkan orang lain? Mengaku saja yang diri sendiri
buat salah. Tidak ada urusan campur tangan orang lain ketika beliau
pegang jawatan berkenaan," katanya
PASPB
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.