Followers

Thursday, February 16, 2012

Kenyataan Shahrizat wanita sokong BN tidak tepat !!


Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil bahawa BN mendapat sokongan wanita negeri Kedah adalah tidak tepat. Mungkin Shahrizat mendapat informasi yang meleset yang diberikan oleh wanita BN Kedah. 
Selain wanita dari parti Pakatan Rakyat, wanita yang tidak berparti pun belum tentu menyokong BN. Pengundi wanita negeri Kedah bukan semua tinggal di negeri Kedah sepenuh masa.


Jika Shahrizat atau pemimpin BN pergi ke Kedah menemui pengundi, bukan semua ada di negeri Kedah. Ada lagi pengundi yang tinggal di luar kawasan dan akan balik mengundi apabila tiba hari mengundi. Sebaliknya Pengerusi Pergerakan Wanita BN Kedah Datuk Dr. Maznah Hamid mengundi di Kedah ke?. 
Mungkin semasa berkempen pilihanraya memang ada kelibatnya di negeri Kedah, seketika bersedekah kain batik dan pelikat kepada orang kampung. Tetapi kita tidak tahu di mana saluran mengundinya di negeri Kedah.



Mungkin pemimpin wanita BN tidak menyedari ada wanita yang telah bersara dan tinggal di luar kawasan akan pulang ke kampung untuk mengundi dengan menolak BN. Antaranya ada yang sangat tidak berpuas hati dengan kerajaan pimpinan BN selama ini.



Ada pesara kakitangan kerajaan dari kumpulan sokongan, akan menjadi pesara yang tidak berpuas hati dengan kerajaan Malaysia pimpinan BN sampai bila-bila. Sebabnya ialah kerajaan tidak adil kepada sesetengah kakitangannya yang telah berpengalaman dengan berkhidmat berpuluh tahun. Sebagai kakitangan bawahan kita berusaha memperbaiki diri dengan menuntut ilmu.
Dari memperoleh diploma kepada ijazah sarjana muda, kemudian kepada ijazah master. Semuanya dilakukan dengan usaha sendiri. Dari perbelanjaan pengajian sehinggalah ada ketika terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk keperluan pengajian. Jika tidak dengan kekuatan keazaman tidak semua orang sanggup melalukannya.



Malangnya usaha sebegitu tidak dipandang oleh kerajaan BN. Agar melantik ke jawatan yang lebih tinggi dari kumpulan sokongan di tahap mula berkhidmat lebih dari tiga puluh tahun lamanya. Kerajaan menambah bilangan kakitangannya dengan mengambil orang baru dari memberi peluang orang yang telah lama bekahidmat dengannya. Maka jadilah penindasan orang yang terlalu muda ke atas orang yang telah lama berkhidmat.



Jika kelulusan pegawai yang muda itu lebih tinggi, munasabah juga tetapi kelulusan mereka pun tidaklah lebih tinggi. Pengalaman tentulah kurang dari orang telah lama berkhidmat. Jika ada kakitangan (pun masih muda) yang dinaikkan pangkat ialah kerana perhatian istimewa dan sokongan dari pegawai atasan.



Sebagai pesara kita tidak ingin mengambil tahu lagi apakah yang berlaku dalam skim perkhidmatan yang akan diperkenalkan kepada kakitangan yang dihebohkan sekarang. Tetapi kita akan menjadi pesara yang tidak berpuas hati dengan kerajaan Malaysia pimpinan BN. 
Tidak puas hati itu akan diterjemahkan dalam pilihanraya walau pun kita bukan dari mana-mana parti. Bukan undi dari orang muda belia sahaja yang bernilai tetapi setiap dari warga yang layak mengundi adalah bernilai. Jika tidak, tak lah orang uzur tidak berupaya berjalan pun dibawa pergi mengundi.




Pengundi pesara,
Sal SLH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.