Justeru kata beliau, pendirian Ketua Pembangkang itu tidak akan
menjejaskan kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).
Mohamad menambah, apa yang diperkatakan oleh Anwar kepada Wall Street
Journal (WSJ) adalah pandangan peribadi dan dasar partinya, dan oleh
itu, terpulang kepada beliau untuk memohon maaf atau sebaliknya.
"Pas tidak mempunyai halangan, terpulang kepada Anwar sendiri, persamaan
dasar yang ada dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah untuk menumbangkan
Barisan Nasional (BN) dan menuju ke Putrajaya, sekiranya ada parti
ddalam PR mempunyai dasar lain, ia akan diperbincangkan kemudian.
"Namun sekiranya PKR dan DAP mempunyai dasar partinya sendiri, Pas tidak
mencampurinya.
Terpulang kepada mereka, termasuk menyuarakan pandangan
peribadi ataupun mewakili parti," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian berhubung tindakan Majlis Syura yang meminta
Anwar menarik balik kenyataannya mengenai Israel.
Mursyidul Am Pas,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Anwar itu satu
tindakan yang tidak betul.
Nik Abdul Aziz menyarankan kepada Anwar sekiranya kenyataan itu telah
diputar belit, beliau seharusnya mengambil tindakan undang-undang
terhadap WSJ.
Mohamad berkata, apa yang dilakukan oleh Anwar itu tidak menggugat
hubungan antara parti yang ada dalam PR, malah Pas masih tetap bersama.
"Apa yang berlaku tidak akan menggugat hubungan kami dalam PR, kami
mempunyai dasar perjuangan yang sama, dan saya yakin rakyat memahami
perkara ini," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.