Followers

Saturday, February 11, 2012

KEMENTERIAN DAN NFC WAJAR DEDAHKAN PERJANJIAN PINJAMAN

 
KEMENTERIAN DAN NFC WAJAR DEDAHKAN PERJANJIAN PINJAMAN

Saya merujuk kepada kenyataan Wan Shahinur Izmir Salleh, Ketua Pegawai 
Eksekutif NFC yang mendakwa bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta yang dimeterai NFC dan Kerajaan Malaysia tidak menetapkan syarat bagaimana wang tersebut boleh digunakan. NFC menggunakan alasan itu untuk menggunakan wang tersebut bagi tujuan peribadi termasuklah mengumpulkan harta yang mahal seperti kondominium, tanah dan kereta mewah.

Pengakuan ini menimbulkan seribu satu persoalan baru:


1.     Apakah hak menteri-menteri terbabit meluluskan pemberian wang 
sejumlah RM250 juta kepada keluarga menteri untuk dibelanjakan sesuka hati mereka?~ Kerajaan Rakyat di Facebook
    

2.      Bagaimanakah dasar memberikan pinjaman yang longgar begini 
boleh menjamin projek negara seperti Pusat Fidlot Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan berkesan?

3.      Berapa banyak lagi perjanjian-perjanjian pinjaman seperti ini 
yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada peminjam membelanjakan wang rakyat telah diberikan kepada syarikat-syarikat dan orang peribadi yang ada kaitan dengan pimpinan kerajaan?

4.      Apakah pemilik dan pengurusan NFC yang terdiri dari kaum 
keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil memberikan jaminan peribadi (personal guarantee) dan mencagarkan harta peribadi mereka sebagai sebahagian dari syarat perjanjian pinjaman?

Untuk merungkai segala persoalan ini, saya mengesyorkan supaya Dato’ 
Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC mendedahkan sepenuhnya perjanjian pinjaman RM250 juta itu kepada  umum supaya rakyat dapat menghakimi kewajaran kerajaan meluluskan pinjaman dengan syarat yang sebegitu longgar.

Pendedahan ini juga mengukuhkan lagi gesaan Pakatan Rakyat bahawa 
sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat skandal NFC kerana penyelewengan dan kecuaian yang berlaku melibatkan pimpinan tertinggi negara.



MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.