KUALA LUMPUR, 11 Feb:
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendakwa
Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menyalahgunakan wang Felda sejumlah
RM353,375 bagi mengadakan rumah terbuka Aidilfitri, September tahun
lalu.
Presidennya,
Mazlan Aliman berkata, Isa tidak mengadakan rumah terbuka di Ibu
Pejabat Felda seperti kebiasaannya, sebaliknya memilih untuk
mengadakannya di kediamannya di Port Dickson.
"Sepatutnya Felda mengadakan rumah terbuka di ibu pejabatnya dengan kos lebih kurang RM30 ribu.
"Tapi
Tan Sri Isa buat di kediaman sendiri. Jadi sudah tentu memerlukan
peruntukan yang banyak untuk tujuan pengangkutan dan sebagainya, dan dia
guna duit Felda, sudah tentu duit peneroka," kata beliau pada sidang
media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Selain
itu, turut dipersoal isteri Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid
yang juga mengadakan rumah terbuka, juga menggunakan duit Felda.
Kos rumah terbuka tersebut mencecah RM17,875 dan diadakan di Taman Fatimah, Kuala Pilah.
"Apa
gunanya isteri dia buat rumah terbuka guna anam sendiri dan peruntukan
Felda? Sepatutnya cukuplah pengerusi Felda sahaja yang buat," katanya.
Sehubungan itu, Anak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.
"Kami akan buat laporan ke SPRM dan SPRM dapat menyiasat perkara ini," katanya.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.