Followers

Saturday, February 11, 2012

Apa Sebenarnya Yang Berlaku Di KFC Shah Alam ? (Video)

 
 

P/s: Walau apapun rungutan pelanggan, walau setinggi mana pun suara pelanggan, pekerja sesebuah premis perniagaan tiada hak untuk membalas rungutan pelanggan dengan kata-kata yang kasar apatah lagi bertindak memukul pelanggan. 
 
Jika mereka merasakan diri dianiayai, hal itu sepatutnya dilaporkan kepada pihak pengurusan atau pihak polis. Hal itu tidak perlu dipersoalkan, melainkan jika pelanggan bertindak menggunakan kekerasan fizikal, maka pekerja berhak mempertahankan diri daripada dicederakan.

Persoalannya, mengapa pihak pengurusan KFC itu tidak memaklumkan kepada pelanggan bahawa ayam stok ayam hampir habis? 
 
Pengurus atau pekerja yang cekap dan beretika pasti akan menyedari hal itu dan bertindak memaklumkan kepada pelanggan yang beratur dengan lebih awal agar mereka boleh beredar dari premis itu. 
 
Mengapa pengurus atau pekerja syif hari berkenaan gagal berbuat demikian?

1 comment:

  1. Sesetengah pekerja restoran datang dari pelbagai kelompok kehidupan, ada yang bekerja sementara menunggu SPM atau cuti sekolah, ada yg bekerja kerana tuntutan hidup.

    Walaubagimanapun alangkah baiknya kalau setiap pekerja restoran (khdmat pelanggan) melalui proses latihan yang sempurna.

    Pekerja2 yang disebabkan tuntutan hidup mungkin susah untuk membiayai latihan. Saya berharap pihak kerajaan dapat menyediakan tempat latihan tersebut yang mana segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.