Followers

Friday, February 24, 2012

Fuziah: Polis Beri Kerjasama Baik Untuk Pastikan Himpunan Hijau 2.0 'Ahad Ini' Berjalan Lancar !!


KUANTAN, 24 Feb - Penganjur Himpunan Hijau 2.0 berjaya mendapatkan kerjasama baik daripada pihak polis bagi memastikan perhimpunan yang bakal berlangsung pada Ahad ini, berjalan lancar. Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0, Fuziah Salleh (foto) berkata, pihak polis memberi jaminan akan menjaga keselamatan peserta selain menghalang sebarang provokasi melampau daripada pihak yang tidak bertanggung jawab. 

“Pada pertemuan dengan Ketua Polis Negeri, Datuk Sharifudin dan Ketua Polis Kuantan, Tuan Jasmani, polis memberikan kebenaran kepada perhimpunan ini dan kita mendapat respon yang baik daripada polis. “Polis memberi jaminan akan menjaga keselamatan peserta, orang awam dan juga pemimpin Pakatan Rakyat. “Mereka juga akan memberi kerjasama dengan menunjukkan arah trafik lokasi perhimpunan memandangkan ia telah ditukar pada saat-saat akhir,” katanya. 

Menurut Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan, pihak penganjur juga berjaya mendapatkan kebenaran bertulis polis setelah permohonan yang dibuat menepati syarat yang ditetapkan di bawah akta polis yang baru. 

Katanya, penganjur juga tidak dihalang menggunakan pembesar suara dengan syarat ia tidak mengganggu ketenteramaan awam pada perhimpunan yang dijangka bermula jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari itu. Perhimpunan Hijau 2.0 dianjurkan bagi membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Kuantan. 

Lokasi awal yang dirancang adalah di kawasan Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang terletak di tengah bandar Kuantan, namun MPK telah memagar kawasan berkenaan. Persetujuan kemudiaan dicapai untuk memindahkan himpunan itu ke Padang MPK 4 yang dinamakan Padang Kemunting, terletak di depan Hospital Tengku Ampuan Afzan. Padang tersebut boleh mengisi sekitar 20,000 orang pada satu masa.


[Kerjasama dan kebenaran yang diberikan oleh pihak polis sebenanrya mungkin datang dari Kerajaan UMNO BN sendiri. Selepas melihat berbagai pendedahan yang sungguh memalukan kerajaan maka akhirnya kelulusan terpaksa diberika bagi menggelakkan sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan nama baik kerajaan itu sendiri. 

Namun, apakah Penganjur dapat merealisasikan hasrat untuk mengumpul jumlah peserta semaksima yang mungkin pada hari itu nanti. Jika mereka gagal, maka sudah pasti media arus perdana akan memainkan isu ini. Apakah mereka sudah bersdia untuk berhadapan dengan segalanya ini. 

Malah, apakah kehadiran ramai pemimpin besar Pakatan Rakyat boleh menarik perhatian dan sokongan rakyat dari seluruh negara untuk hadir ke Kuantan pada Ahad ini. Sama-sama kita nantikan dan lihat apa yang akan terjadi di himpunan itu nanti].


PDO

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.