Saudara
Norazizi Abdul Aziz selaku Setiausaha PKR Cabang Rembau menyiarkan
gambar dalam Facebook beliau pada 20 Feb 2012 papantanda yang tertulis
CADANGAN TAPAK PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN HOSPITAL REMBAU.
Persoalannya :
1.
Kenapa setelah lebih empat tahun upacara Perletakan Batu Asas ini
disempurnakan pada 7 Mac 2008 baru tender akan dibuka pada bulan April
2012?
2. Jika pada tahun 2008 kos pembinaan Hospital Rembau ini ialah RM 100 juta, berapa ratus juta pula kosnya pada tahun 2012 ini?
3.
Apakah tanah seluas 20 ekar milik PKNS yang akan didirikan Hospital
Rembau ini masih milik PKNS, milik individu atau milik kerajaan pusat?
Jika bukan lagi milik PKNS, berapakah kos jualah tanah tersebut dan
hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri?
4. Selepas proses tender selesai, bilakah proses pembinaan Hospital Rembau ini akan bermula dan bilakah dijangka akan siap?
Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau
REMBAU
7 Mac 2008 - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan
dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan
yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri
Mohamad Hasan di sini hari ini.
Hospital
di Rembau ini akan mempunyai perkhidmatan perubatan am, kecemasan,
pesakit luar, selain sokongan seperti farmasi, makmal, haemodialisis,
pengimejan dan diagnostik.
Di
hospital yang akan dibina ini juga akan mempunyai kemudahan antaranya
wad lelaki, wanita, kanak-kanak, bersalin, sakit puan, rehabilitasi dan
pentadbiran.
Gambar dan sumber berkaitan di http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/02/tender-hospital-rembau-selepas-4-tahun.html
OLEH: amns
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.