Agak menghairankan betapa besarnya pengaruh Shahrizat ke atas
Najib Razak. Sememangnya disebalik desakan supaya beliau berundur dengan
cara baik atau dipecat, beliau masih lagi memegang jawatan menteri
kabinet dan juga jawatan dalam Umno- sebuah parti penuh rasuah sejak ia
memerintah dari tahun 1957.
Setelah kembali daripada percutian beliau selama tiga minggu dan
disoal siasat oleh SPRM, Shahrizat kembali menjalankan tugas beliau
seperti biasa.
Tidak hairanlah senyuman yang beliau lemparkan sekarang
agak ‘dibuat-buat’ dan garisan stres sangat jelas pada wajah beliau.
Sungguhpun begitu, Shahrizat masih lagi seolah-olah begitu berkuasa ke
atas Najib sehinggakan Najib tidak berani mengatakan apa-apa pun. Atau
adakah apa yang kita tahu cuma sedikit sahaja dari apa sebenarnya
berlaku dalam NFC. Ini menggambarkan betapa kotornya politik dalam Umno
dan betapa terdesaknya pertelingkahan dalaman parti itu sekarang.
Drama berskrip
Pada mesyuarat pertengahan minggu untuk pakatan BN, Najib telah
memberi bayangan bahawa skandal NFC dan masa depan Shahrizat tidak
begitu signifikan untuk BN jadi ia tidak dibincangkan. “Tidak, tidak,
tidak dibincangkan di sini.
Ini adalah hak perdana menteri,” beliau
memberitahu sidang media.
Memandangkan ia hak perdana menteri untuk memecat ahli kabinet, yang
sebaliknya juga benar. Err.. bukan menteri kabinet memecat perdana
menteri tetapi adalah menjadi keistimewaan PM untuk mengekalkan
mana-mana menteri yang dia suka dalam kabinet. Oleh itu, memandangkan
rakan-rakan Shahrizat dari Gerakan, MCA dan Umno pernah mendesak beliau
untuk berundur, hanya Najiblah yang menjadi sebab beliau masih memegang
jawatan.
Dengan mengekalkan jawatan Shahrizat, Najib seolah-olah tidak
sehaluan dengan ahli berpengaruh dalam parti beliau termasuk bekas
perdana menteri, Mahathir Mohamad dan bekas menteri perdagangan dan
industri Rafidah Aziz. Walaupun Najib disyaki meminta Nazri Aziz,
menteri di jabatan perdana menteri - yang dianggap jurucakap Najib,
untuk menunjukkan bahawa ada pecah amanah dalam pinajaman kerajaan yang
diberikan kepada NFC, tiada tindakan yang diambil terhadap keluarga
Shahrizat.
Nazri juga cuba menjual idea bahawa jika keluarga Shahrizat berjaya
membayar balik pinjaman RM250 juta itu, beliau boleh tetap memegang
jawatan. Adakah Nazri cuba memberikan jalan keluar untuk Shahrizat? Ada
cakap-cakap dalam Umno bahawa Najib telah memberikan Shahrizat sehingga
hujung bulan ini untuk berundur dengan rela hati. Beberapa orang
pemimpin Wanita Umno pula sedang merancang untuk melakukan EGM bagi
menyingkirkan Shahrizat daripada jawatan Ketua Wanita sekiranya beliau
masih enggan berundur.
Itu masih juga cakap-cakap sahaja dan bukan
tindakan konkrit.
Adakah Najib sedang memberi gambaran bahawa beliau adalah seorang
yang baik dan pencegah rasuah tetapi harus bertindak dengan berhati-hati
kerana hal dalaman? Umno boleh berbuat sesuka hati dengan masa yang
mereka ada dan janji mereka itu pasti akan dilupakan.
Contoh yang baik
adalah Nazri sendiri di mana beliau ditugaskan untuk menyiasat Peguam
Negara yang menggugurkan kes rasuah bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim
Thamby Chik setelah dibayar RM40 juta. Sebagai balasannya, Rahim
melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti. Itu sudah
bertahun-tahun lamanya dan sehingga kini, tiada tindakan yang di ambil.
Najib sendiri yang menundakan tindakan yang harus di ambil
Jadi apakah yang menghalang Najib? Ramai dalam Umno yang berpendapat
bahawa PM dan penyokong beliaulah yang harus dipersalahkan dalam kes
Shahrizat. Dalam usaha mereka menyingkirkan Shahrizat dan meletakkan
Raja Nong Chik sebagai calon di kawasan yang telah lama menjadi kawasan
wanita itu iaitu Lembah Pantai, seluruh jentera Umno dan juga
kepimpinannya telah dilanda berita negatif.
Hanya semalam, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang
dianggap sebagai pencabar Najib untuk jawatan presiden, telah cuba
membantu Shahrizat dengan mengatakan kepada beliau bahawa tidak perlu
tergesa-gesa, beliau boleh buat keputusan setelah selesai siasatan polis
dan SPRM. Walaubagaimanapun, jika dikira mengikut perkiraan masa dalam
politik Malaysia, ia boleh mengambil masa berbulan-bulan ke tahun. Lihat
sahaja kes Rahim!
Dengan membuat kenyataan sebegitu, Muhyiddin sebenarnya memperjudikan
dirinya sendiri. Ramai dikalangan pesaing politik beliau telah pun
mengetengahkan bahawa beliau merupakan menteri pertanian yang
menganugerahkan keluarga Shahrizat projek ternakan lembu NFC pada tahun
2006. Jadi masuk akal juga bahawa Muhyiddin sedang membantu Shahrizat
untuk menutup perhal NFC. Perkembangan ini sememangnya memberi kelebihan
kepada puak Najib.
Ada pula puak Badawi-KJ yang patut dineutralkan
Mungkin inilah sebabnya mengapa Najib
sedang mengambil masa dalam membuat keputusan untuk meminta Shahrizat
berundur sedangkan segala fakta jelas membuktikan bahawa beliau harus
berundur. Pemimpin PKR percaya bahawa mereka diberi maklumat mengenai
kes ini daripada orang dalam Umno sendiri.
Semestinya skandal NFC memberi bonus kepada Najib kerana membolehkan
beliau memecahkan parti beliau yang sudahpun retak. Umno yang berpecah
akan membantu Najib mengekalkan kuasa apabila pemilihan parti dijalankan
pada akhir tahun ini dan untuk beliau kekal sebagai presiden.
Najib akan dapat meletakkan orangnya di Lembah Pantai dengan mudah,
menimbulkan syak wasangka dan menjadikan ia sukar untuk Muhyiddin yang
sedang berhempas pulas sejak menyalahi Mahathir dengan polisi penggunaan
bahasa Melayu dalam pengajaran matematik dan sains.
Satu lagi kumpulan pesaing yang harus dineutralkan oleh Najib dengan
skandal NFC adalah yang dikuasai oleh bekas PM Abdullah Badawi dan
menantunya Khairy Jamaluddin. Daripada cara Khairy mempertahankan kes
itu dahulu, sekarang beliau sudah diam seribu bahasa apabila bercakap
soal Shahrizat.
Tidak hairanlah kerana lelaki berusia 30-an graduan
Oxford itu sudah menyedari pada saat akhir bahawa beliau sudah
dipergunakan oleh musuhnya.
Khairy dan Badawi didakwa menganugerahkan projek NFC kepada Shahrizat
dan mengenepikan cadangan daripada firma-firma luar negara demi
membantu beliau memenangi jawatan Ketua Wanita pada 2008. NFC adalah
sebuah projek ternakan lembu yang berobjetif untuk memastikan Malaysia
menghasilkan 40% daripada daging lembu untuk menjadikan harganya lebih
murah untuk rakyat.
Kajian terhadap rasuah : Inilah cara Umno
Pada dasarnya, skandal NFC sebenarnya adalah satu petunjuk kepada
cara sebenar Umno. Ia sebenarnya parti yang tidak bermoral dan ia tidak
kisah akan segala permasalahan dan politik dalaman yang sedang
diperhatikan oleh rakyat. Parti itu juga tidak kisah bahawa rakyat
sedang diperbodoh-bodohkan oleh tindak-tanduk Najib. Ahli Umno juga
sebenarnya tidak kisah bahawa parti itu sedang dimusnahkan oleh presiden
dan orang-orangnya.
Sekarang rakyat pasti faham mengapa menteri pertanian sekarang, Noh
Omar yang mendakwa dirinya tahu dan punyai bukti dalam pencurian pasir
oleh pemimpin PKR boleh sahaja berkata ‘Uhhh, saya tak tahu’ apabila
ditanya jika ada elemen pecah amanah dalam cara Shahrizat menggunakan
pinjaman RM250 juta kerajaan itu.
Pemimpin PKR juga telah memberikan pihak media bukti bagaimana
Shahrizat membelanjakan sebahagian besar wang pinjaman itu pada kondo
mewah, kereta, kad kredit, percutian dan sebagainya. Pinjaman itu telah
diberikan oleh kerajaan yang ditadbir Abdullah Badawi untuk memulakan
projek NFC.
Najib tidak akan singkirkan Shahrizat dalam masa terdekat
Jelas juga sekarang mengapa Shahrizat enggan berundur walaupun didesak oleh orang kuat Umno seperti Mahathir dan Rafidah.
Shahrizat mungkin tahu bahawa Najib tidak akan menyingkirkannya dalam
masa terdekat. Beliau bukanlah seseorang yang sukar untuk diramal
tindak tanduknya. Apalagi untuk ahli parti beliau yang sudah lama
mengenali beliau.
Beliau dan orang-orang beliau mungkin dengan tegas membuat komen dan
menunjukkan bahawa mereka serius dalam membersihkan projek NFC termasuk
mengeluarkan Shahrizat dari pentas politik. Tetapi sehingga mereka dapat
menggunakan skandal itu sebagai kelebihan politik mereka dan apabila
mereka tidak lagi memerlukannya, hanya pada masa itulah Shahrizat akan
menghitung harinya.
Kini, begitu juga dengan Muhyiddin. Jangkamasa yang beliau minta
daripada Shahrizat adalah sehingga penyiasatan selesai. Itu pun masih
samar-samar bila ia akan berlaku! Tetapi sudah pasti Shahrizat akan
membida untuk pengunduran yang paling menguntungkan. Kerana beliau tahu
beliau pasti pergi suatu hari nanti.
Akhirnya, mereka yang kalah adalah rakyat Malaysia. Ini kerana
apabila elit Umno sudah selesai dengan kepentingan mereka, rakyat akan
dapati tidak banyak yang hilang daripada NFC. Segalanya dengan tidak
semena-mena sudah dipulihkan dan tiada yang harus dihukum. Untuk
mendakwa mereka atas tuduhan rasuah, itu sesuatu yang sememangnya tidak
mungkin. Segalanya adalah kelemahan pihak pembangkang. SEMUANYA OK!
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.