IPOH- Hari ini genap 3 tahun peristiwa hitam menyelubungi Negeri Perak dengan`matinya' demokrasi apabila berlakunya 'rampasan kuasa' di negeri ini yang dilakukan oleh Umno BN.
Demokrasi
yang dirobekkan oleh Umno BN di Perak telah membawa kepada sejarah
hitam demokrasi menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat digulingkan secara 'jahat' oleh Umno BN.
Demikian
ditegaskan oleh Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming pada satu perhimpunan
aman mengingati tragedi hitam tiga tahun yang diadakan di bawah 'pokok demokrasi' di sini, pagi tadi.
Pemimpin
PAS, DAP dan PKR bersama ahli-ahli dan penyokong dengan berpakaian
serba hitam berkumpul di sini untuk mengingati musnahnya demokrasi di
negeri ini kerana perbuatan jahat Umno BN taga tahun yang lalu.
Pimpinan
Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin,
Datuk Ngeh Kor Ham, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bajkar Hussein dan
Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chai telah berucap dengan nada penuh
semangat meminta rakyat mengembalikan hak-hak yang dirampas oleh BN
tiuga tahun yang lalu dengan memberi mandat sekali lagi kepada Pakatan
Rakyat menerajui pemerintahan di negeri ini pada PRU13 nanti.
"Di
sini kita berhimpun untuk sama-sama bersatu hati bagi mengembalikan hak
rakyat, bekerja semakmima mungkin menumbangkan BN sekali lagi di negeri
ini bagi kita wujudkan satu pemerintahan yang lebih adil melalui
Pakatan Rakyat," ujar Ustaz Abu Bakar Hussein.
Pada
himmpunan itu pimpinan kanan Pakatan Rakyat negeri, Mohamad Nizar, Ngeh
Ko Ham, Lee Boon Chai, V Sivakumar dan Ustaz Abu Bakar melepaskan 300
belon hitam ke udara sebagai simbolik kepada rampasan kuasa bagi satu
permerintahan yang baik dan adil bersama Pakatan Rakyat. -Harakahdaily
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.