Dewan
Pemuda PAS Selangor menasihatkan Datuk Dr Hasan Ali agar “muhasabah
diri” tentang pemecatannya dan bukan menyalahkan orang lain sehingga
sanggup mendakwa wujud “parasit” dalam parti Islam itu.
Sayap
pemuda parti itu juga menasihatkan Hasan agar memohon maaf kepada
kepimpinan PAS dan jangan sesekali menggadai maruah diri dan menjadi
kuda tunggangan Umno-Barisan Nasional (BN).
“Janganlah
disebabkan oleh kehilangan jawatan dan kuasa menyebabkan maruah diri
sanggup digadaikan dan diperkudakan oleh Umno-BN,” kata Timbalan Ketua
Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan.
Beliau berkata Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS negeri sepatutnya menerima keputusan pemecatannya dengan hati terbuka.
“Sekiranya
wujud parasit dalam PAS seperti yang disebut (Hasan), maka sewajarnya
beliau membuat laporan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
untuk diambil tindakan susulan dan bukannya menjaja di dada-dada akhbar
semata-mata untuk mengharapkan simpati.
“Sebagai
orang yang pernah memegang jawatan tinggi di dalam PAS dan
berpengalaman sebagai seorang ahli motivasi, Datuk Hasan sepatutnya
berjiwa besar untuk menerima teguran dan keputusan parti serta mengikut
prosedur parti untuk merayu keputusan pemecatan beliau,” katanya yang
blog ini petik dari Malaysiainsider
Bagaimanapun
Mohd Sany menambah: “Tetapi beliau (Hasan) telah menunjukkan belang
sebagai seorang yang egois, degil, sombong dan tidak boleh dikawal oleh
peraturan parti.”
Semalam
Hasan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berkata
akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penjelasan sebenar
tentang pemecatannya selain mahu mendedahkan kumpulan “parasit” dalam
PAS yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan
perjuangan Islam.
Kita percaya Hassan akan terus mendapat keistimewaan untuk keluar dalam TV dan media pencacai Umno bagi memburuk-burukkan PAS dan PR. Beliau menjadi Kuda Tunggangan Umno yang baru. Peranan beliau ini hanya sementara sahaja. Habis madu sepah dibuang seperti juga bekas-bekas pimpinan PAS terdahulu yang pada awalnya diarak ke sana ke mari selepas itu sunyi sepi tanpa berita.
Kita percaya Hassan akan terus mendapat keistimewaan untuk keluar dalam TV dan media pencacai Umno bagi memburuk-burukkan PAS dan PR. Beliau menjadi Kuda Tunggangan Umno yang baru. Peranan beliau ini hanya sementara sahaja. Habis madu sepah dibuang seperti juga bekas-bekas pimpinan PAS terdahulu yang pada awalnya diarak ke sana ke mari selepas itu sunyi sepi tanpa berita.
Mutaligat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.