Aaaikk.... Kata dah tak mau merayu, sekarang kenapa nak pertikai pulak.
Ishh... Ishh... Ishh... Sah... dah gila talak!!
SHAH
ALAM - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah
menerima surat daripada Datuk Dr Hasan Ali yang menyifatkan pelantikan
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi
sebagai exco baru terlalu awal kerana beliau masih mempunyai ruang
untuk merayu kepada Majlis Syura Pas.
"Saya ada menerima surat bertarikh 10 dan 11 Januari daripada Datuk Dr Hasan Ali...beliau (Hasan) berkata bahawa pelantikan ini terlalu awal kerana beliau (Hasan) masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Pas.
"Saya telah menjawab surat Hasan dengan menyatakan bahawa keputusan saya menggugurkan beliau (Hasan) adalah lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang melucutkannya sebagai anggota Pas pada 8 Januari lepas dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan," kata Khalid kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah oleh Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota exco Selangor yang baru di Istana Bukit Kayangan di sini.
Hasan dipecat daripada Pas kerana didakwa bertindak bertentangan dengan kepentingan parti dan telah diberikan sehingga 7 Februari untuk merayu penyingkirannya.
Sebelum digugurkan, Hasan memegang jawatan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Abdul Khalid berkata Hasan mempertikaikan tarikh pemecatannya sebagai
anggota Exco kerajaan Selangor kerana mendakwa ia bercanggah dengan
kuatkuasa keanggotaannya sebagai anggota Pas yang sepatutnya tamat pada
hari akhir tempoh rayuan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.